Nampaknya saya telah berjaya bertanam tebu di pinggir bibir.. dan kamu punya tebu semua berduri di hati.

HAHA.😀

Maaf! Nampaknya tak mampu menunaikan impian meng-update aktiviti Training Kinabalu akibat terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan. Begini lah saya kalau projek baru nak bermula, sayalah yang paling tak menang tangan dan selalu di kejar semua. Bos dan projek manager kejar sebab nak update progress. Teknikal kejar sebab nak dataset untuk di upload dalam server. User kejar sebab nak suruh bagi training, atau bertanya hal2 training.

Tunggulah saya nak kejar orang plak. Saya nak kejar developer, Please fix the bugs!!

 

Lalu apa jadi dengan persiapan Kinabalu saya? Terbengkalai!! Padahal kawan-kawan saya bukan main riang-ria bershopping setiap hari mencari barang yang tak sudah2. Kemudian setiap hari update status di FB cakap mereka dah packing barang itu ini, dan kemudian memberitahu pula aktiviti setiap hari, iaitu surfing video Kinabalu, ataupun cerita pasal tak sabar-sabar nak pergi. Bleerrrrggghhh.. ~Padahal jeles, nak mimpi pun tak sempat, asyik tidur lambat je siapkan keje. Kalau mimpi pun, selalu mimpi pasal kerja! Uh uh uh..

So tadi, saya pecut dari Temerloh balik ke KL, sebab nak kejar masa ~Padahal kalau tak kejar masa pun, aku tetap memecut gak! HAHA. Maklumlah, kalau sampai awal, boleh packing baju awal, dan boleh detect dari awal barang apakah yang berkurangan lagi. Kalau lambat-lambat, nanti bila malam, kedai dah tutup pulak. Esok dah nak pergi Kinabalu!!

 

Secara puratanya, saya telah melakukan beberapa aktiviti persiapan ke Kinabalu, walaupun takda tahu cukup ke tak persiapan tersebut. Saya panjat Gunung Angsi, di Negeri Sembilan ~gambar last entri, Gunung Datuk, kat Negeri Sembilan jugak, dan beberapa kali jogging. Tapi tahap keyakinan masih di tahap tak berapa nak yakin. Sampai tu, Insya-Allah boleh, tapi kalau nak sampai sebelum pukul 4, kurang berkeyakinan saya di situ!

Kalau ada masa malam ni.. saya akan upload gambar-gambar aktiviti kami.

 

Bilik pula.. sudah mula ada progress, setelah beberapa minggu terbiar bersawang. Last week, berjaya mengerah adik tolong pain the room. This week, walaupun tak ada di rumah sebab nak pegi daki Kinabalu, tapi aktiviti masih ada, iaitu ada orang akan remove all those unnecessary thing dalam bilik tu. Biar bilik tu menjadi kosong tak berpenghuni. Lepas tu, saya plan nak mintak member tolong pasangkan furniture.

 

Okaylah, kata nak pergi kemas barang cepat-cepat, tapi tengok-tengok sibuk meng-update blog pulak dia. Sebab tiba-tiba terjumpa masa yang hilang dua tiga minggu lepas. HAHA.

Ok ok. Nanti kalau ada masa, kita sambung lagi. Malam ni.

Regards

~HA~