Tags

Saya di Temerloh. Kalau dulu saya akan cakap saya di KT, sekarang dah bertukar negerilah nampaknya!

Tapi bidang kerja dan tugas masih sama macam dulu. Blerrgghh.. *Oh.. tapi saya masih lagi suka kerja ini. HAHA. conflict of interest!

 

Banyak sungguh aktiviti yang telah dibuat, baik semasa ber-outstation, ataupun semasa outdoor during weekend. Tambah sekarang ni membawa kereta pula, macam telah mendapat sepasang sayap untuk terbang lebih tinggi. HAHA. Perumpaan macam tak bleh nak blah!

Tapi memang tak sempat nak cerita semua. Saya tak naklah bertanam tebu di pinggir bibir, tebu berduri di hati.. eh.. silap.. tu lagu Siti! Maksud saya, saya tak naklah berjanji-janji, tapi saya akan cuba cari masa buat entri tertunda untuk aktiviti training Kinabalu dan aktiviti explore bandar Temerloh lepas buat dataset nanti.

 

Tapi saya nak cerita jugak, dalam banyak-banyak hari, hari ini merupakan hari paling memeningkan di tempat kerja. bukan saja sebab bos ada *sebab sebelum ni pun ada jugak time yang bos ada! Tapi sebab bos saya telah meminta benda yang bukan-bukan dari kami. Nak cerita lebih-lebih pun, nanti kamu semua tak paham jugak. Tapi kesimpulannya, bos telah bertanya soalan-soalan di luar bidang tugas kami! Blerrrggghhh..

Jadi dari berasa gembira di Temerloh ni, sekarang sudah menjadi kurang senang skit. Sebab sedang fikir, soalan apakah lagi manusia bos ni nak tanya esok. Haihhh..

 

Oklah.. nak pegi sambung buat dataset. Sekian.. jumpa lagi. Doakan saya siapkan dataset ini secepat mungkin!! ~sebab lepas tu saya update entri-entri tertunda tu! HEHE.😀

 

Regards,

~Ha~