Kejadian batuk di tengah malam makin menjadi-jadi, nampaknya petua makan madu tak berapa nak menjadi. Bila check balik, saya jumpa beberapa petua nak hilangkan batuk.

Makan madu dengan limau nipis


Baru cuba 2 kali, saya campurkan 2 sudu madu dan setengah biji limau nipis. Orang pesan jangan makan madu guna sudu besi. Relevannya? saya pun tak tahu. HEHE. Boleh kaji, orang takkan cakap kalau takde sebab, kan?

Makan madu dengan Asam Jawa


Ini sepupu saya yang ajar. Ini pun saya rasa konsepnya sama je dengan limau nipis. Saya rasa kalau takde limau nipis, atau asam jawa, anything yang masam pun rasa okay kot. Mungkin boleh try dengan limau kasturi ke.. oren ke.

Buah Oren dengan Garam

Yang ni plak saya jumpa kat internet. Tak bleh nak elaborate sangat sebab tak pernah try and baru je jumpa. Baca sini jelah.

Sanquick dengan Kicap


HAHA. Dengar pun saya rasa seram nak makan. Tapi mak saya beria-ria cakap okay.  Ntah la, adik-adik adalah makan kot. Saya tak pernah lagi. Dan rasanya last choice la kot, kalau takde pilihan lain. HAHA.

Tapi sila-sila cuba, jangan malu-malu. Mak saya cakap berkesan!!

Regards,

~Ha~