Saya tahu ini boleh dianggap alasan, tapi saya tetap nak jugak cakap yang semalam, saya tak berstamina nak berjoging secara betul sebab batuk! HAHA. Memang kelihatan macam sedang memberi alasan!šŸ˜€

Semalam petang, dengan penuh kegigihan saya drive ke Taman Tasik Titiwangsa, untuk ber-joging. Saya tahu saya kelihatan beria-ria, padahal saya boleh je ber-joging kat bawah rumah ni. Ini semua saya lakukan sebab nak mendapatkan feel. Walaupun perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit, telah menjadi setengah jam, sebab saya tersesat sampai ke KL Sentral. HAHA. What a loser!!

Tapi selepas tu, saya memang semput habis, sampai saya cuma mampu ber-joging 1 minit, dan berjalan 10 minit. Lepas asyik batuk-batuk, sampai rasa macam nak terkeluar kerongkong ni. Tekak pun memang menjadi sangat kering. Okay, ini kalau tak batuk pun, memang saya akan kering tekak jugak. HAHA.

Stamina memang di tahap seorang loser, sebab bila balik, dan sampai sekarang pun saya masih tak rasa sakit-sakit badan lagi. Itu bermakna, saya tak cukup push otot-otot saya. Okay, petang ni saya akan tingkatkan lagi usaha. Sape mau join saya joging di Taman Tasik Titiwangsa?

Saya nak cuba upload gambar di sini. Dah lama tak buat kerja-kerja ni!

Ini masa dinner dgn collegaues kat KT. 1Malaysia kan?

Ini pulak lauk yang di masak dan di jamu Along. Marvelous!!

Ini antara kedai makan yang sedap kt Temerloh. Ada banyak lagi, tapi tak sempat amik gambar..

kawan-kawan saya yang sangat tough! okay, don't judge the book by it's cover, semua ni dah pernah panjat Kinabalu tau! In fact, diorg plan nak panjat lagi!

 

Focus bukan pada lelaki dalam gambar tu, tapi papan tanda yang tertera. Ini pintu masuk empangan di Kenyir Lake.

Kenyir Lake. No further explaination..

Lelaki yang pakai key tu, Ujang. Ujang kartunis 'Aku Budak Minang' tu. saya minat sangat dengan kartun2 dia. In fact, saya belajar membaca pun dari kartun2 dia. Tapi, masa jumpa kat Kenyir ari tu, saya tak berani nak tegur. huhu..

Regards,

~Ha~