Tags

Oh.. memang tak tersempat nak update, sebab hidup pun macam tak ada life lah beberapa minggu ni.

Eh.. ini bukan keluhan, tapi berupa suatu penyataan!

Memang.. kami domain team memang sudah kelihatan sangat loser dan tak ada life, sebab semua masa dalam kehidupan kami telah didedikasikan kepada kerja!

Tapi yang hairannya, kami semua berkerja dengan dalam keadaan bersemangat, walaupun banyak kali saja lost temper. HAHA.

Baiklah, hentikan cerita dalam ayat sebaris-sebaris ini. Mari bercerita secara penuh dan berkeyakinan. HAHA. Merepek saja Ha ni.

.

Anyway, projek di KT telah pun LIVE untuk Fasa II dengan separuh jayanya. HAHA. Semua orang dalam company ini claim berjaya, hanya domain team saja yang selalu tak puas hati. Memang dasar manusia kan? Tak lah, bukan saja-saja tak mahu puas hati. Cuma mungkin kami saja meletakkan standard yang agak tinggi.

Kalau diukur kejayaan LIVE kali ini dari segi bugs dan user complain.. mungkinlah semuanya kelihatan berjalan lancar. Tapi sayangnya, Phase II yang sepatutnya LIVE secara keseluruhan, telah menjadi live secara separuh-separuh pulak! User tak confident satu hal, module & data tak siap, satu hal lagi.

Kalau Phase I, saya kena jaga di registration counter, dan stress level adalah SANGAT TINGGI, bila Phase II, saya kena jaga Emergency pulak, dan stress level menjadi sedikit kurang. Yelah, Phase I tu module saya front end, tapi bila Phase II, module saya yang paling kecil.

Phase I dulu, module saya module major. Masa tu ada 3 module yang live. 2 module major, tapi user saya lebih ramai dan jadi kawasan jajahan lebih besar. Huhu. Satu lagi yang major adalah billing, jadi more to report and collection. Masa tu, tanggungjawab memang berat. Selalu stress sendiri bila rasa tak perform atau tak jadi bagus. Bila keluar isu saja, selalu berharap itu bukan dari module saya. Biarlah orang lain yang punya. HAHA.

Tapi bila Phase II, saya punya module adalah module yang kecil. Hanya digunakan di emergency department saja. Jadi level stress menjadi kurang. Tapi itu tak bermakna saya perlu bersenang-lenang. Usaha yang jitu perlu dilakukan. Kebetulan pula, user saya secara kasarnya memang sangat gigih dan terbaik. Nampak tak saya sebut di situ secara kasar? Maksudnya, bukan semua yang sangat gigih. Ada je yang menyumpah-nyumpah! Sebab itu emergency LIVE secara total terlebih dahulu dari orang lain.

Baiklah, kamu semua mesti dah bosan dan tak faham, apalah budak Ha ni merepek kan?

Ha, cuba cerita secara ringkas, apa kerja kamu ni sebenarnya?

.

Baiklah baiklah. Company saya ni menghasilkan solution provider aka system dalam bidang health care. Kesimpulannya, kami buat sistem untuk hospital. Sistem ini menguruskan data bermula dari patient datang register sehinggalah patient discharge dari hospital, termasuklah jika patient meninggal dunia.

Tugas saya sebagai domain team, adalah memahami kehendak user iaitu clinician di hospital, bermula dari specialist, medical officer, houseman, nurses, assistant medical officer, sampailah ke kerani dan allied health aka kumpulan support lain, seperti radiologist, lab technician , physiotherapist, occupational therapist dan ramai lagi lah. Maaf tak larat nak sebut semua, tapi percayalah, kamu semua memang sangat penting untuk patient.

Cabarannya pula adalah scope maklumat yang terlalu besar. Bukannya setakat ikut saja kehendak user tanpa berfikir, dengan harapan user gembira, tapi perlu juga memikirkan policy kementerian, policy hospital, confidentiality and security of patient data, kemudahan semua orang dan apakah benefit sistem ini kepada semua orang. Kami tak boleh terlalu selfish atau biased dengan mana-mana user, sebab apa yang kami perlu fikir adalah nak memudahkan kerja & urusan semua orang.

Ini bukan kerja main-main, sebab kalau salah percaturan, kami bermain dengan nyawa pesakit juga! Secara tidak langsung.

.

Overall, semua sudah faham apa kerja saya sekarang. Pertama kali mahu open up dengan begitu terbuka. Sengaja. Sebab dah penat nak close sangat tentang kerja.

Sampai jumpa lagi. Daa..

Regards,

~Ha~