Saya dah kembali ke bumi KL tercinta untuk 2 hari! Siapa mahu ‘ngedate’ dengan saya?😉

 

Banyak yang saya belajar sepanjang seminggu di Temerloh. Saya juga bertemu dan berkenalan dengan ramai orang baru. Banyak perkara menarik yang boleh diceritakan. 2 cerita dan pengalaman yang berbeza kalau dibandingkan Kuala Terengganu dan Temerloh.

Tapi tentulah tidak adil untuk kedua pihak kalau saya bandingkan kedua-dua tempat. Dan ia nanti akan menjadi sesi mengumpat pulak. HEHE. Tapi setiap kali saya memikirkan kesusahan saya di KT, saya akan rindu pada Adie. Sebab saya selalu rasa, Adie macam tiada pengganti! Setakat ini, Adie terbaik di mata saya!

Tapi sekurang-kurangnya, lewat kebelakangan ini banyak juga improvement dah berlaku di sana. Walaupun masih banyak lagi boleh diperbaiki, dari segi sikap dan tindakan! Saya harap keadaan akan bertambah baik. Saya sudah letih nak jawab call. Cepat-cepat lah pandai dan cepat pick up.

Di Temerloh, tak adil saya menilai terlalu awal. Walaupun banyak sikap positif yang ditunjukkan, saya tak mahu bersikap terburu-buru. Namun saya berharap, semua akan baik hingga ke akhirnya!

 

Kad IKEA masih tak dapat. Blerrgghh.. Jadi Operasi Bilik tak dapat dilaksanakan lagi. Aiseh.. jadi apa nak dikerjakan minggu ni. Saya macam tak ada idea. Nak kemas bilik, tapi macam rasa malas. Nanti bila dah beli barang-barang, kena kemas sekali lagi.

Cakap pasal bilik, saya rasa macam tak seronok lah duduk di rumah baru. Bukan rumah tu yang bermasalah, tapi kawasan rumah tu yang buat saya rasa tak best. Kawasan Danau Kota ni macam boleh saya buat sesak nafas. Kereta bersusun kat bawah tu setiap malam, Jalan Genting Klang tu semedangnya jammed, keliling rumah saya dikelilingi hutan batu, suasana pun tak tenang sangat, memang jauh lah bezanya dengan Taman Setiawangsa. Tiada langsung tak ada unsur alam semula jadi!

 

Tiba-tiba teringat balik Temerloh yang dah ditinggalkan 2 jam yang lepas. So far, saya suka suasana di sana. Makanannya boleh tahan. Suasana bandar pun boleh tahan. Tempat kerja pun boleh tahan juga. Yang tak boleh tahan cuma hotel dia! Hotel Jelai yang kami duduk tu memang tak terbaik lah, selimut nipis dan tak bersih, tv tak clear, ada lipas, registration lambat, kalau tak bernasib baik, dapat bilik tak ada tingkap, siap ada tiang seri pulak di tengah-tengah bilik, semalam tiba-tiba tanpa notis air pulak tak ada, bising, tiada water heater dalam bilik, dan macam-macam lagilah. Seribu satu complaint!

 

Operasi mencari hotel pun dijalankan semalam. So far, tak ada yang menarik sangat. Tapi macam lebih baiklah dari Jelai tu. Saya survey Green Park Hotel dan Seri Malaysia. Terfikir juga nak sewa banglo fully furnished, tapi mesti tak ada aircorn. Dan tak ada housekeeping. Dengan keadaan kerja tak menentu ni, saya tak berharap nak kena take care bila orang lain tak jaga kebersihan. Tapi saya memang pantang kalau pinggan mangkuk tak berbasuh, rumah kotor dan berbau. Haishh..

Kalau duduk hotel tu, walaupun ada yang pemalas, at least setiap hari ada orang tolong kemaskan. Uhuh.. itu yang best tu!

Baiklah, saya macam dah letih. Esok kita sambung ye..

Until then, see yaa!

Regards,

~Ha~