Tags

Saya baru balik makan, terus pegang laptop nak email kerja untuk diberi kepada Support di KT. Benci!! Saya tak dapat pergi ke KT minggu ni. Dah di tahan duduk di Temerloh selama seminggu, sampai Jumaat ni, padahal baju yang di bawa cuma ada 3 pasang! Haihhh.. menyampah betul!

Suka la buat kerja last minit. Yang jadi mangsanya, kuli-kuli seperti kami nilah. Apalah salahnya habiskan satu-satu kerja dulu. Ni sekejap terkejar sana, sekejap terkejar sini. Kalau terkejar tapi catch up takpa jugak, ni expect saya mengajar budak-budak di Temerloh ni sampai pandai macam saya! Arahan apakah itu? Ingat knowledge yang saya ada ni di-develop dalam masa sehari je kah?

Hotel ni jugak buat saya naik angin. Kawan saya sepatutnya check in semalam, tapi baru tiba hari ni. Bila nak check in, dia suruh fax request baru, walaupun dah pernah fax, sebab date dia dah tak valid. Haihhh.. tak boleh tolak ansur pulak tu. Verbal communication dengan Project Admin pun tak jalan. So bila kami dah menggesa semua orang tolong fax-kan surat tu dari office, eh tiba-tiba dia kata dia tak boleh nak ambil fax tu pulak, sebab pintu office dah kunci. Apakah?? Kalau pintu dah kunci, kenapa suruh kami mintak office fax-kan sekarang jugak! Sungguh tak mesra pelanggan.

Cuma makan malam tadi saja agak menggembirakan, sebab makanannya sangat sedap! Wahh.. memang sedap, walaupun sedikit mahal. Saya nak ulang lagi sekali, makanan dia SANGAT SEDAP! ~tak nampakkah kesungguhan saya nak menyatakan sedap di situ!😉

Ia berupa sebuat kedai tomyam. Kalau kamu semua berada di Temerloh, sila cuba kedai makan ini. Ia berdekatan dengan Hospital Temerloh, lebih kurang 10 minit dari hospital, jalan menuju ke arah Kuantan. Kedai tomyam tersebut berada di sebelah kanan, dan kalau terlepas kedai tomyam tu, kamu boleh nampak kedai bundle di kanan jalan jugak. Kedai tomyam tu agak besar tau, dan hanya di buka pada waktu malam.

Tadi kami makan Set A, sebab tak tahu nak pilih lauk. Set A berupa siakap masak steam, sayur kailan, tomyam sea food, telur dadar, nasi 4 pinggan dan jus buah satu jag. Siakap masak steam dia memang sangat sedap. Saya suka sampai hirup kuah ikan tu tanpa malu-malu. Eh.. saya pemalu kah? HAHA. Tak tak, tak malu langsung, apatah lagi pergi dengan budak-budak lelaki nih. Kalau malu, saya yang rugi. Diorang ni makan banyak, siap tambah nasi lagi. Part nasi, saya memang kalah, nak habiskan nasi sepinggan pun dah macam nak patah pinggang.

Nampaknya esok saya bekerja pakai seluar jeans dan pakai baju semalam. Baju tu dah pun dibasuh. dan di sidai di balkoni Hotel Jelai ni. Esok baru saya nak pergi iron.

Until then, see yaa..

Regards,

~Ha~