Saya dah sampai Temerloh!!

So far, saya belum berasa tertekan dengan kawasan di sini. Sebab banyak scenery di sini membuatkan saya teringat kampung halaman. Oh bukan.. bukan kampung halaman di Pulau Pangkor tu. Ini kampung asal saya, di Ipoh, Perak.

Tapi, I cannot judge the book by its cover until I read it. So saya sampai pun tak sampai 1 hari lagi. Baru sampai lunch tadi. Belum pun bermalam di sini.

Okay, sebut pasal bermalam, hotel yang saya duduk ni buat saya down sikit. Registration slow, bilik kecil, berbau rokok pulak tu, tv pun kecil juga, no coffee or cattle nak buat air, cadar pun ada kesan stain, buat saya terfikir macam-macam, mana datangnya stain tuh. Haihssshhhh..

Ni lepas mandi ni, saya nak kene pakai tudung cantik-cantik, sebab nak iron baju kat luar. Blerrgghh.. tempat iron baju kat luar, I definitely vote ‘NO’ for Jelai Hotel kalau nak kene duduk lama-lama kat sini. Sebenarnya, saya rasa down skit sebab saya rasa hotel ni hotel Cina. Tapi tak tahu lah. Pekerja dia ada jugak cina dan ada melayu. I’m not racist. This got nothing to do with race. I only concern of the cleanest, for the purpose of my prayer specifically.

Jadi begitulah. Ini baru beberapa jam saya di bumi Pahang ni. Baru beberapa jam, saya dah ada plan nak menjelajah dan visit sana sini di Pahang ni. Saya kan pencinta alam semula jadi. Tempat-tempat sebegini memang saya sangat suka! Tengok map di depan lobby hotel tadi pun dah buat saya teruja.

Until then, saya janji saya akan cuba upload gambar dari camera hp saya. Ntah bila la agaknya gambar-gambar tu boleh di upload. Laptop asyik hang je bila saya cuba upload gambar-gambar tu. Tapi kalau dari source yang lain tak pulak. Hairan bin Ajaib betul!

Regards,

~HA~