Walaupun dah hampir dekat 2 tahun saya di Terengganu, sekali pun saya tak sempat nak berjalan-jalan ke sekitar bandar Kuala Terengganu. Maksud saya, berjalan-jalan dan melawat tempat-tempat menarik. Bukan berjalan nak pergi barang tu. Yang itu, saya dah hampir hafal dah jalan ke bandar KT dah!


Tadi saya baca dalam fb, diorang di KT dah pergi melawat-lawat tempat-tempat tersebut. Oh sungguh jeles rasa macam tak bleh nak blah. HAHA.

Sangat cemburu sebenarnya, rasa macam nak merajuk je. Baiklah, itu fikiran tidak rational. Takkan lah sebab saya tak ada, mereka tak boleh kemana-mana. Walaupun macam sakit hati jugak la, sebab bila saya ada kat sana, rancangan berjalan-jalan asyik tergendala je. Hari asyik hujan lah. Kene kerja overtime la. System ada problem lah. Macam-macam!

Anyway, saya pun duduk di KL 2 hari ni, sibuk berjalan-jalan macam tak nampak rumah jugak. Semalam pergi Sogo, ber-shoping kasut. Kasut yang dibeli sempena LIVE Phase I pada bulan 8 hari tu dah rosak! Sekarang mahu LIVE Phase II, jadi perlu kasut baru. Maksudnya apa tuh? Maksudnya, setiap kali sistem LIVE, kami perlu mengeluarkan tenaga yang banyak berjalan ke serata hospital, berjalan dan berjalan tanpa henti memberi bantuan kepada user yang ada masalah nak guna sistem.

Lepas pergi beli kasut di Sogo, kami ke KLIA pulak, teman Along pick up her husband, yang baru balik dari outstation.

Hari ni, saya dan Along begitu gigih ke Pasar Borong Seri Kembangan, Along nak beli ikan segar untuk dimasak buat suami tercinta. HEHE. Saya sebagai peneman, dan juga tukang angkat barang, dapat upah makan! Sangat sedap. Selepas makan tengahari yang sedikit lambat, ~sebab begitu banyak masa habis mengupas ubi.. err.. dah lupa ubi apa.. kami pergi ke Sogo lagi, bercadang nak membuang duit di sana. Tapi saya tak jumpa benda yang di cari, iaitu sebatang pen.

Pen apakah, sampai sebesar Sogo pun tak mempunyai stok pen tersebut. Ia berupa pen 3 in 1 berjenama Pilot. Jenama lain saya tak mahu, sebab tak best! HEHE. Saja meletakkan standard yang tak hapa-hapa, padahal kalau takde pen tersebut, boleh je pakai pen apa pun.😀 Biarlah, sebab saya ada di KL, sebab tu jadi begitu mengada-ngada.


Lepas balik dari Sogo, saya dihantar pulang oleh Along dan Suami balik ke rumah baru saya, di Danau Kota. Saya tak sabar nak tunggu kad siap, supaya saya boleh bershoping barang-barang bilik. Bilik saya sekarang macam tongkang pecah, semuanya ada dalam container.

Malam, saya pergi Jusco, masih gigih mencari sebarang pen Pilot. Bila jumpa, saya terus beli sampai 2, sebab risau tak dapat berjumpa lagi pen macam tu. Lepas ni, kena letak tanda nama kat pen tu, supaya kalau pen tu jatuh ke tangan orang yang dikenali, boleh dipulangkan balik. Kalau jatuh ke tangan orang tak dikenali, terpaksa pasrah lah. Macam sebelum-sebelum ni. UHUH.

Esok nak gerak ke Temerloh. Saya harap tak perlu kerja sampai malam, sebab esok ada AJL. Saya nak tengok AJL!

Regards,

~Ha~