Tags

Saya sedang menyiapkan data untuk presentation di Temerloh, tapi rasanya perlu berehat sebentar bersama Kit Kat ~walaupun sebenarnya tak ada Kit Kat pun ni. Jadi saya nak cerita tentang perempuan yang saya langgar tempoh hari.

Nama dia, Imah. ~uiks.. ade unsur-unsur nama saya kan? Perkara yang saya hairan pasal perempuan ni adalah, dia macam tak nak duit dan pertolongan saya, walaupun saya yang bersalah dan telah menyusahkan dia. Saya sebenarnya agak risau juga pasal accident tempoh hari. Sihat kah.. sakit kah.. motor dia dah baik kah..

Risau lah kan, saya telah pergi melanggar anak orang. Nanti kalau orang tiba tahan saya dekat simpang dan tiba-tiba pukul saya pulak nanti kan, sebab dah mencederakan orang tempatan. HAHA. Tak tak. Tak ada lah sampai macam tu saya fikir. Cuma, kalau saya tak suka orang buat saya macam tu, bila dah langgar, terus membiarkan saya terbiar, dan cuba lari dari tanggungjawab, saya pun tak boleh lah buat macam tu pada orang lain kan. It’s all about karma!

Anyway, saya pun SMS the kid ~saya rasa dia budak lagi, after all, dia pun panggil saya kakak. And below were the conversation..

.

Saya: Assalamualaikum, saya Ha, yang langgar awak ari tu. So cemane, dah hantar motor g workshop.

Imah: Wsalam kak.. ato doh moto sye.. d baiki pn..

Saya: So camne? Brape kene byr?

Imah: Xpela…sy dh setle smua dah..

Saya: Lah knape? xpe, akak nak bg duit ni, nak buat repair motor ari 2.

Imah: Erm.. xpe kak… timekasih je.. sy d setle semua dah..xpe..

.

Jadi, saya pun tak ada idea, apa nak cakap lagi dah. Dia anak orang kaya ke.. sampai taknak duit saya. Atau dia takut benda ni jadi bising-bising, jadi terus menyelesaikan masalah ni secara sendiri. Atau.. oh, seribu kemungkinan.

Tiba-tiba, kawan-kawan saya suruh tanya dia, dia ada abang yang single tak. HAHA. Sebab orang baik ni, selalunya datang dari family yang baik. HAHA. Sempat lagi pikir sampai ke situ!

Regards,

~Ha~