Ada di KL sekarang ni.. diarah pulang sebab diarah pergi ke Temerloh pulak selepas tu dari KL.

~maklumlah, nak pergi Temerloh tak boleh naik flight, takde airport yang terdekat dengan Temerloh tu. Jadi semua orang kalau nak pergi Temerloh, kena drive dari KL.

Pergi Temerloh dengan menumpang orang. Sebab saya takut nak drive kat highway Karak. HAHA. Tak perlu dihairankan, saya kan peng-gayat orangnya. ~eh.. ada ke perkataan penggayat?

Lagipun.. saya pun tak berapa pasti tentang jalan nak ke sana. Ni first time pergi sana. Tapi tak mengapa, saya akan belajar selok belok jalan di sana, dan tabahkan hati membawa kereta next time. HEHE. Saya kan seorang yang gigih!!

Okaylah.. until then. Dah lewat ni, nak pegi tido.

Eh.. sebelum tu kan. Nak cerita skit. Last a few days, dalam hati saya ada taman! HAHA. Sebab, saya bercakap-cakap dengan lelaki yang saya minat tuh. HAHA. Baru bercakap 2 baris ayat, sudah gembira macam apa. Sangat pathetic bukan? HAHA.

Kejadian tu bermula bila saya jemput dia makan tengahari yang di sediakan. Maklumlah, sebagai orang yang biasa dengan tempat user, saya perlu melayan ‘tetamu-tetamu’ yang ada.😉 Nak tau apa dia balas?

“Saya nak pergi makan lah ni. Jom makan sekali..”

Wohoo.. macam nak melompat je rasa. Tapi sayangnya saya dah makan. Takkan lah sebab orang hensem ajak makan, terus menjadi rakus dan makan sampai 2 kali pulak kan. HAHA.

Okey lah semua, Selamat Malam! ~eh.. dah selamat pagi dah rupanya.. uhuh

 

Regards,

~Ha~