Mulai hari ni, saya nak cerita saja apa yang saya sedang fikir.. walaupun cerita tu tak mengikut turutan yang betul. HEHE.

Minggu lepas, saya dah terlanggar orang kat Terengganu ni. UHUH. Saya naik Myvi kawan saya, dan langgar perempuan yang naik skuter.

Saya tentulah ada alasan nak defend diri sendiri, tapi secara generalnya, tetap lah jugak saya yang bersalah, kan? Dekat round about dekat PTPL, kereta dah tak ada, so saya pun tekan minyak. Rupanya ada motor kat kanan saya saya lambat sangat nak jalan. So budak perempuan tu pun ter-melompat la!

Nasib baik bukan lompatan watson nyambek. Cuma lompat katak saja. Jadi budak tu terselamat dari kecederaan yang teruk. Saya kasi duit, dia tak nak. So saya kasi no phone. Tapi sampai hari ni, tak call-call lagi. Uhh.. sihat kah? Motor dia saja cedera skit. Side miror pecah sebelah, break pun katanya tak ok.

Kereta kawan saya plak nampak ok. Tak.. sebenarnya, tatau la ok ke tak. Sebab saya langgar tempat yang dia dah pernah calarkan dan langgar dinding. Jadi tak nampak langsung kesan.

Oklah.. itu saja. Saya mengantuk ni. Dan nak tengok No Ordinary Family. Dan rasa macam nak baca novel. Dan tak mandi lagi. Aaaarr… semua nak buat! Boleh ke buat semua sekali dalam satu masa!

Bleeerrrrggghhh……

Regards,

~Ha~