Walaupun dah janji, tapi nampaknya macam dah memungkiri janji lagi. Tak update dengan kadar yang cepat. Sorryyy..!!

Sekarang dah pukul 12.20 pagi. Macam mana ni. Nak update ke nak pegi tido. Baiklah. Mari update dengan kadar yang pantas. (tapi percayalah, pukul 1 nanti baru habis update dan buleh pegi tido. Huhu..)

Broad Band

Hokay.. pasni takde alasan lagi dah kalau tak update. Tadi dah pergi register broad band maxis. Tapi tak dapat guna lagi la. Kene tunggu 24 hours katanya, bermakna esoklah!

Jadi kamu-kamu semua tengok nanti apa alasan saya nak bagi nanti bila saya tak update dengan kadar yang lama. HAHA.😀

.

Lelaki Psycho Itu

Ingat tak cerita yang ini dan yang ini.

Sekarang ini cerita yang sebenar, dan saya berharap cerita ini berakhir di sini. Uhuhhh..😦

Semalam kan, eh.. bukan semalam. 2 hari yang lepas, malam tahun baru, saya menerima call dari pak guard tersebut. Beginilah ciri-ciri perbualan tersebut..

…. err..

Okay.. memula memang macam nak tulis conversation ni, tapi lepas pikir-pikir, mesti panjang sampai esok pagi pun tak habis tulis lagi. Jadi tak payah lah bercerita secara detail. HAHA. Macam cuba menipu korang plak. Tak tak. Kita buat cerita ringkas-ringkas dah la, kan?

Kesimpulannya, encik guard tu telah mengaku mencuci kereta saya! Secara berterus terang di dalam telefon. Nampaknya, masa saya buat intipan tempoh hari, india cuci kereta tu telah berbohong dengan saya. Atau.. ada India cuci kereta yang lain? Okay, perkara tu tak penting.

Perkara penting yang lain adalah, memang betul kata pakcik guard  sorang lagi itu, dia mempunyai agenda tersembunyi. Iaitu nak berkenalan dengan cik Halimah. Bleerrgghhh..😦

Jadi, bila sudah mempunya opportunity yang sebegini baik, haruslah jangan dilepaskan peluang mencari maklumat dan cerita yang sebenar.

Saya pun tanya lah sehabisnya. Kesimpulannya lainnya..

1. Pasal yang dia sound saya tu, saya rasa dia sakit hati sebab saya tak angkat dan return call dia. Sebab tu dia pegi sound saya. Dengan harapan saya memberi respon. HAHA. Lu sedang bermimpi bro! Okay, dia takdelah mengaku macam tu. Tapi dia mengaku tindakan dia silap. HAHA. Padan muka kau! Aku peduli apa! Tapi.. saya takda la pegi cakap macam tu plak. Nak mampus.. kena lah selalu ingat, saya seorang perempuan bujang yang tinggal di rumah sewa. Jadi saya cuma cakap, oh.. saya sibuk waktu tu. Sebab tu saya tak angkat atau return call dia. Lagipun, saya ingat bukan perkara penting sebab bila saya balik kerja, tak pernah pun tahan saya nak cakap apa-apa.😉

2. Dia mengaku, dia yang telah pergi mencuci kereta saya secara gigih di tengah malam buta. Sampai polish-polish kereta bagai. Kemudian telah meng-upah india cuci kereta dan cuci kereta saya. Huh.. psycho sungguh orang ini!

3. Dia mengaku ingin berkenalan dengan saya. Tapi dia takut nak cakap. Sebab kadang-kadang saya nampak ok. Kadang-kadang saya nampak garang. HAHA. Meh aku nak kasik tau kau. Kalau aku bermuka masam tu, itu adalah masa aku menunjukkan my true feeling, dan ia hanya kepada kau seorang saja. Oh.. dan juga kepada guard-guard yang saya tak suka. Tapi kalau aku bermuka manis tu, maknanya aku sedang berpura-pura, sebab aku pun takut jugak! Macam saya cakap selalu lah, saya kenalah selalu ber-ingat, saya ini perempuan bujang yang menyewa disitu. Haishh.. macam-macam boleh jadi kalau orang dah sakit hati.

4. Dan dia ajak saya keluar makan. Hah.. memang jangan harap lah. Bila saya cakap saya tak keluar makan berdua dengan lelaki, eh.. tiba-tiba dia claim dia faham saya. Jadi saya tak perlu explain lebih-lebih sebab dia dah boleh ‘scan’ saya. Uishh.. orang ini pakai ilmu apa. Boleh scan-scan orang plak. Haih.. sungguh menakutkan.

5. Antara ayat yang paling saya tak boleh blah ialah, dia cakap dia ini jenis orang yang suka menolong orang. HAHA. Maaflah, niat murni kau nak berterus terang telah dipandang seorang oleh aku. Tapi aku memang tak boleh blah kalau orang yang jenis memuji-muji diri sendiri ni. HAHA sekali lagi.

    Jadi, setelah maklumat diperolehi, saya pun cakap saya mengantuk nak tido. Nasib baiklah itu hari terakhir guard tu kerja kat situ. Jadi boleh lah saya berpindah secara senyap-senyap. Saya pun dah mintak nombor dia, supaya lain kali kalau dia call, saya boleh banned nombor dia. HAHA.

    Okeylah. Sebenarnya sekarang dah pukul 1.46 pagi. HAHA. Kan saya dah cakap!

    Regards,

    ~Ha~