Tags

, , ,

Entry ini dijana tidak teratur dan terancang. Harap maaf.

Terlepas Flight

Perkara ini berlaku 2 minggu lepas. Bukan minggu ini. Walaupun minggu ini pun saya pulang ke KL lagi, tapi perkara tentang 2 minggu lepas baru terfikir nak diceritakan.

Dua minggu lepas, saya pulang ke Taiping sempena Kenduri Atirah. Maka, walaupun tidak memandu sehingga ke KL, tapi tiba-tiba berasa sangat letih pada pagi Ahad tersebut, lalu tak perasan bunyi alarm dan 11 miss call dari pemandu teksi, yang menunggu di depan tangga apartment saya tinggal.

Setelah pukul 6.05 pagi baru nak tersedar, tanpa mandi pagi, dan bersiap ala kadar (tapi sempat gosok gigi ok!), saya berharap sempat sampai dan check in di Subang Airport pada pukul 6.30 pagi. Memang takde lah kan. Pukul 6.40 pagi baru sampai kat pintu airport.

Macam cerita korea, saya lari-lari, tak scan beg pun, terus ke kaunter. Manalah tau kan, tuah ayam nampak di kaki! Malangnya, ini bukan cerita korea. Macam cerita My Girl tu. So, memang saya ketinggalan flight lah!!

Jumpa Artist

Tapi ada suatu kebetulan yang sangat menarik. Ada satu kumpulan manusia seramai 7 orang juga terlambat check in dan terlepas flight. Iaitu Aizat penyanyi Akedemi Fantasia, yang menyanyikan lagu Sungai Lui, dan Susun Silang Kata, dan  Pergi dan.. Ok ok.. enough. Kami semua tahu kau tahu semua lagu Aizat!

Perasan cemas dan takut tadi telah bertukar menjadi sedikit gembira. Amboi kau, nampak artis kau lupa masalah! HAHA. Tapi tak bermakna saya lupa daratan. Masalah tetap harus diselesaikan tanpa begitu banyak kekecohan. Berita ini harus cepat-cepat dibenteras dari sampai ke telinga bos atau mulut-mulut yang macam tempayan. HEH.

Dan juga, perlu mencari tiket yang paling cepat sampai ke KT. Tapi berasa sangat bangga kerana telah bekerja sama dengan pengurus Aizat mencari tiket yang paling awal, iaitu tiket MAS, dan kemudian berbual mesra dengan group Aizat, walaupun tak kenal siapa, dan menyapa sebaris dua ayat dengan Aizat.

Hoi, bukan main bangga lagi kau menyapa artis! HUHU. Macamana saya tak rasa gembira, kalau hari-hari saya asyik nyanyi lagu dia. Dan hari tu saya dapat jumpa tuan punya suara. Tapi jangan risau, saya tidak hilang pedoman. Sapaan dibuat secara biasa-biasa saja. Tidak nampak terlalu excited. Atau berharap tidak nampak macam sangat excited.

Hampir Terkantoi

Flight MAS petang tu rupanya ditumpangi oleh bos juga. Kali ini saya betul-betul rasa macam cerita korea. Menyorok-nyorok macam tikus.

Dan saya terlepas!😀

 

Kenduri Fidah & Peter

Saya ada seorang kawan di ITM. Dia telah berkahwin pagi tadi. Di Rengek, Johor. Dan telah berkahwin dengan seorang orang putih dari Texas, USA. Tapi saya berasa sangat aneh!

Apa yang aneh?

Aneh kerana kawan saya ini tidak pernah ke luar negara, sama ada bekerja ataupun belajar. Walaupun kami telah mengenal pasti interest beliau yang sangat suka jenis-jenis yang non-malay atau non-malaysia ni, tapi takda pernah menyangka akan berkahwin dengan seorang mat salleh.

Lagi pelik dan aneh, beliau kenal suami dia ni kat Online Game dalam Facebook! Tidakkah aneh?

Kerja

Saya memang suka cari masalah. Bukankah hari tu sudah membulatkan tekad macam bola. 2 minggu lepas juga, tekad saya telah tidak bulat lagi macam bola dah takda angin.

Akhirnya, setelah beberapa kali solat istikharah, saya mengambil keputusan tidak mahu berhenti. Baga!

Apa boleh buat, kawan saya pesan suruh ikut gerak hati. Kalau saya tak rasa ralat nak lepaskan job tu, maksudnya mungkin job itu bukan untuk saya. Dan memang tak rasa ralat pun.

Reason lain, sebab company tu offer sesuatu yang tidak lumayan, dan macam ada something fishy.

Tak mengapalah. Tak perlu cerita panjang. Withdrawal letter and email pun sudah dihantar. Sekarang tiba masa untuk berdoa semoga tiada perkara kurang baik berlaku. Seperti surat tuntutan bayaran gaji sebulan sebab saya tak datang report duty pada tarikh yang ditetapkan (itu ada dalam kontrak). Uhuh..

Kecurian

Ada kecurian berlaku di site office ni. Eh.. bukan site office. Tempat user. Masuk ni macam dah kedengaran banyak sangat benda yang hilang. Yang melibatkan banyak ribu ringgit.

Sebenarnya saya berasa sangat aneh melihat mereka menjaga barang-barang. Dan juga cara mereka investigate perkara ini.

Pertama, mereka macam takda audit pun siapa yang pakai barang-barang ini. Jadi tiada siapa yang betul-betul bertanggungjawab keluar masuk barang-barang tersebut.

Kedua, barang-barang tu disimpan secara selamba di atas lantai dalam bilik helpdesk. Jadi sesiapa pun ada potensi untuk melihat, meng-observe, dan merancang kecurian tersebut.

Ketiga, kadang-kadang saya lihat barang-barang tersebut dibiar secara semalaman di bilik mesyuarat, tidak disimpan. Dengan alasan, telah di-lock.

Keempat, setelah berlaku kecurian, macam ada loop hole saja dengan cara investigation ini. Tapi yang ini saya tak berani cakap dan fikir lebih. Sebab saya tak tahu pun sebenarnya apa yang berlaku. Ini cuma apa yang saya dengar-dengar je.

Ok, kita jangan cakap banyak. Mari kita ambil konsep tunggu dan lihat!

Pindah Rumah

Usaha masih tidah berjaya.

Cuma berjaya mem-pack beberapa kotak. Tapi itu semua hanya 1/3 dari barang-barang milik saya.

Barang keperluan tak berjaya dibeli. Memandangkan saya tak ada di KL untuk jangka masa yang lama, pasti mendatangkan masalah apabila urusan delivery.

Kipas atau Air conditioner juga belum dibuat keputusan. Keputusan yang dibuat juga bakal melibatkan urusan wiring yang sungguh tiring. So bosing! Eh..

.

Itu saja. Sebab hari sudah lewat malam.

Regards,

~Ha~