Baru saya teringat. Saya tak update pun pasal kenduri Atirah. Kecelaruan fikiran. Sehingga tak dapat nak fikir update yang lebih penting, sebaliknya pergi merepek-repek pasal benda lain pulak.

Jadi begitulah.. saya telah berjaya menunjukkan diri waktu majlis akad nikah dan kenduri Atirah. Dan membawa 2 orang kawan.

Dengan penuh kegigihan, dari KL saya terus ke rumah Atirah Jumaat lepas. Demi sebuah majlis akad nikah. Kesian saya tengok Atirah, sampai ke Penang request minta orang datang untuk majlis akad nikah dia. Jadi, saya cuba datang dengan sedaya upaya. Dan saya berjaya.

Gambar nampaknya tak dpt di-upload. Sungguh sakit hati. Apakah gambar ini bakal jadi tukun. Apa maknanya ada hp camera kalau tak boleh nak upload gambar.. kan??

Sila lihat kat FB lah!

****************

Semenjak dua menjak ni saya kehilangan mood nak ber-surfing. Bukan setakat blog, nak surf apa pun tak tau. Macam kalau ada internet pun, boleh terjana soalan, nak buat apa lepas nih?

Saya hanya mendapat idea menggunakan internet pada urusan-urusan penting saja. Macam… online banking. Selepas itu, jadi blur. FB pun macam tatau apa nak komen. Blog lagi lah, langsung tak ingat. Apalah..

****************

Ada sesuatu telah terjadi. Melibatkan sebuah keputusan yang besar. It twist 360 degrees!

Saya juga manusia. Itu je yang saya boleh komen. Buat masa ni, tak boleh cerita banyak. Banyak yang nak cerita sebenarnya, tapi saya juga perlu banyak bersabar.😉

Bila semuanya dah pasti, baru kita bercerita panjang lebar!

 

Until then, have a nice day!

Regards,

~Ha~