Tags

Saya benci perasaan sekarang!

Tekad yang telah di bulatkan macam bola telah menjadi empat segi.. kemudian tiga segi. Dan sekarang telah leper.. macam bola yang dah takda angin. Baga!!

Setelah menghantar surat cinta pada bos tempoh hari, bos-bos pun memanggil saya untuk dating. Dating pada pukul 7.30 pagi. Cis! Sudah la saya bukan morning type. Pergi dengan separuh hati..

Tak counter offer pun. Tapi telah memberi buah fikiran untuk pokok fikiran dalam kepala saya. Sekarang saya dah ada buah fikiran, tapi nampaknya buah fikiran ni macam tak membantu saya pun. Buat saya jadi tak tenang. Buat saya jadi jiwa kacau. Baga!!

Buah fikiran tersebut berupa,

  1. Insentif projek – kalau berenti, tak dapat la insentif atas usaha saya dulu.
  2. Company benefit – benefit company yang baru ni tak se-best and convincing macam company sekarang.
  3. Security – company baru ni company dari Singapore, and team pun baru nak develop.
  4. Kawan-kawan

Buah fikiran yang dulu pulak berupa,

BOS!!

  1. Bos kejam
  2. Bos tak adil
  3. Bos suka cari pasal
  4. Bos bagi kerja yang saya tak suka.. ok, tu bukan bos la. Tu pasal kerja. Saya dpt module report. Kalau tak jadi berenti, maknanya saya kena buat la report tu sampai habis. Blerrgghhhh..

Jadi dalam fikiran ini sedang berlaku peperangan. Antara buah fikiran nak berenti, dengan buah fikiran taknak berenti. Battle ini sangat dasyat, sebab saya langsung tak tahu nak buat keputusan. Adilkan saya mengorbankan benefit yang best.. sebab bos. Atau sanggup terima je offer lain, sebab bos.

Okay.. saya plak nampak macam kejam. Bos saya okay sebenarnya.. kalau nak compare dengan bos-bos cina kat office ni. Tapi bila dengan saya je.. dia macam lain macam skit. Kawan-kawan saya pun tatau kenapa macam tuh. Padahal dengan orang lain dia takde lah melampau sangat macam dengan saya.

Okay lah. Saya nak pergi bekerja nih. Esok ada UAT. Hari ni pun saya bekerja dengan gigih, walaupun hari cuti. Tengok, macam ni pun saya masih tak paham kenapa bos tak ngam sangat dengan saya. Tapi hari tu, dia pujuk saya plak .

Tak paham saya!!

Regards,

~Ha~