Tags

Ter-inspired dari entry ini, dan berazam mahu menjadi orang yang hebat, sekejap tadi (itu dia.. baru sekejap tadi je sebenarnya) saya telah berazam mahu menghabiskan semua kerja-kerja saya sebelum saya berhenti. Jadi sebentar lagi, saya akan buat & habiskan kerja list report saya. Itu adalah kerja yang paling saya men-sampah nak buat. Tapi tadi kan kata mahu jadi orang yang hebat? Jadi orang yang hebat, akan berusaha menjadi hebat atas kehebatan & usaha sendiri.

Sebenarnya, sungguh banyak benda yang saya nak buat. Benda-benda yang bersifat peribadi. Seperti.. mahu pindah rumah. Dan membeli barang untuk bilik baru saya. Dan juga mahu memulakan sesi men-senam-kan diri demi sebuah stamina yang diimpikan, supaya saya mampu mendaki sehingga ke Labanrata sebelum pukul 2 petang.

Apa budak Ha ni merepek agaknya?

Tak apalah. Kita cerita kemudian. Kita buat satu persatu dulu. Iaitu.. men-siap-kan kerja, yang berupa list report yang sungguh menbosankan. Dan saya mesti email ke bos pagi ini juga. ‘Pagi ini‘ itu bermaksud sebelum saya tidur. Bukan pagi yang selepas saya pergi bekerja nanti.

Dah tu, mengapakah budak Ha ni tak habiskan kemerepekan dia cepat-cepat dan pergi buat kerja?

Uhhuhuhh.. baiklah. Saya pergi dulu!

Regards,

~Ha~