Setelah cuba dan hampir berjaya menekadkan diri untuk berhenti kerja, saya sekarang sudah diserang rasa panik secara tiba-tiba.

Kenapa? Kenapa? Kau takut kerja tak siapkah?

Taklah. Saya panik sebab baru terpikir.. “Eh, ada banyak tempat lagilah aku tak lawat kat Terangganu ni.” “Eh, ini bulan last aku kat sini lah, kene beli semua benda yang ada kat Terengganu ni tapi tak ada kat KL cepat-cepat.” “Eh, adik aku ada pesan suruh beli cafton yang RM10. Nanti kalau tak beli, pastu dah tak datang sini, mesti dia mengata aku!”

HAHA.

Baiklah.. baiklah! Akhirnya terjanalah rancangan mahu be-Ronggeng Rabiah Sabtu lepas. Tapi niat suci terhalang dek cuaca. Hey, tak tahukah kau Pantai Timur sekarang sedang bersiap sedia dilanda tengkujuh. Sampai naik kapal terbang pun dah macam naik permaianan di taman tema Genting, terumbang ambing di pukul angin dan hujan.

Tapi hati dikeraskan mahu juga beronggeng. Akhirnya cuma dapat bergumbira dengan menghabiskan duit di pasar payang. HAHA. Menumpahkan duit pun berasa sangat gembira. Saya beli 2 helai tudung bawal, yang setelah dilihat dengan tak berapa teliti pun sudah tahu, mempunya warna yang senada. Apakah aku ini, suka sangat dengan warna lilac. Lilac? Warna apa tu? Oh.. Lilac tu sebutan yang nampak macam bagus-bagus saja. Sebenarnya ia berupa warna pink belacan tu ja. HAHA. Aku memang sangat suka dan cinta warna pink belacan! Atau pink ungu. Atau yang senada dengannya. HAHA sekali lagi.

Tapi keinginan nak berjalan ke Taman Tamadun Islam, dan kemudian ke Muzium, dan lepas tu ke Masjid Kristal, tak tercapai lagi. Perlu lebih nekad nih kalau nak berjaya! Ah.. nak pergi beronggeng pun perlu nekad yang jitu. Sangat pathetic.

 

Resign Letter

Saya tak hantar lagi resign letter tu. It turns out that saya kena kerja sampai hujung tahun baru boleh layak mendapatkan contractual bonus tu. Apakah? Saya nak report duty kat company baru pun 25hb. Macam mana nih?? Mungkin terpaksa menggadaikan cutilah nampaknya. Cuti saya ada lebih kurang 8 hari lagi. Terpaksalah menggadaikan cuti sebanyak 5 hari.

Harap-harap bos saya tak ada bantahan tentang cuti tu. Sebab diorang kata, bos berhak tak benarkan saya cuti, dan suruh saya bekerja sehingga hari terakhir. Apakah? Boleh ke macam tu? Ntahlah.. itu diorang yang cakap.

Baiklah. Saya mahu tidur. Internet semenjak dua menjak ini kurang memberansangkan. Terpaksa pinjam broad band officemate. Wireless hotel macam haram. Apakah? Call dah berkali-kali pun tak ada sebarang perubahan. Hotel ni memang service kurang bagus skit. Macam mana nak buat kerja. Kerja? HAHA. Itu orang lain lah. Saya mana ada buat kerja. Setup VPN ni pun separuh jalan je. Nak ber-VPN ape kebenda nya!

Regards,

~Ha~