Dah lama tak update.. rasa macam dengan kadar yang sangat lama. Eh, yang ari tu tu bukan kah? Yang update pasal Ausie tu? Ahh.. tak. Itu entry yang telah ditulis lama.. tp peram kat draft dan hanya di publish apa bila dah tatau apa nak cakap. HAHA.

Sekarang ini berada dalam emosi yang kurang stabil. Itu bukan perkara baru lah! Tak tak. Ini bukan macam emosi marah sedih macam nak mengamuk tu. Itu emosi kerana bos. Ini emosi lain. Emosi apa? Emosi serba salah ini. Macam nak tak tahu buat keputusan. Eh salah. Keputusan dah dibuat. Tapi macam tak pasti betul atau tak.

Hoi.. apa kau merepek ni? Err.. sebenarnya tak nak cerita kat sini lagi. Biar dulu lah. Dah lama emosi ini terbiar secara lama, terbiar tak diberi perhatian, tapi semalam bila terpaksa tulis surat, emosi ini perlu diberi perhatian. Apa yang kau merepek ni labu, sampai nak kene tulis-tulis surat ni! Erm.. lain kali lah kita cerita! Tak boleh, kau kene cerita sekarang jugak! Siapa suruh kau pergi cakap-cakap kat sini.. sudah menimbulkan rasa ingin tahu semua orang! Baiklah. (-_-“)

Sebenarnya, saya dah dapat kerja baru. Saya dah accept pun offer letter dia. Tapi semalam, bila orang cerita-cerita pasal LIVE Phase II ni, saya jadi berdebar pulak. Sebab?

  1. Takut nak pikir reaksi semua bos dan projek manager bila tau berita ni. Apakah diorang akan marah, membuat silect treatment dan memalingkan muka pada saya. Woah.. ada sebulan lagi ni nak menghadapi semua ini.
  2. Takut bila pikir tempat kerja baru. Ok kah? Tak ok kah?
  3. Sayang nak tinggal kerja ni. Sangat suka kerja ni sebenarnya. Terasa sangat berguna!
  4. Sayang nak tinggal kawan-kawan. Mana nak cari kawan-kawan yang gembira mengutuk bos sesuka hati. Eh? HAHA. Tak tak. Walaupun selalu terasa ditindas, tapi kami bersatu menentang. Bukan sibuk nak tikam belakang.
  5. Sayang nak tinggal company. Sekarang ini sudah bagus. Ada increment, ada contractual bonus, ada bonus project. Ada insurans. Ada klinik yang dekat dengan rumah. Yang akan datang ni semua tak tahu lagi. Bila tanya, diorang cakap ada.

Habis kalau dah best sangat, apsal kau pegi mintak keje lain? Ermm.. tak baca blog ni kah? Tentu lah sebab yang terutama..

BOSS!!

  1. Sebab bos sangat tak reasonable dengan kami. Suka suruh kami buat kerja yang bukan kerja kami.
  2. Sebab bos tak suka orang yang melawan cakap. Kalau kau seorang pemonteng kerja, suka amik EL, suka MIA, tapi kau jenis yang angguk apa bos cakap, hipokrit, buat-buat baik & mesra dengan bos, bos akan lebih sayang kau dari orang yang cakap banyak, walaupun buat kerja.
  3. Sebab bos suka cakap sindir-sindir.
  4. Selalu tertindas, tapi tak ada siapa pun nak amik tau. Kene tindas dengan consultant la paling tak bleh blah. Bos pun tak tahu. Ah.. kalau tahu pun, macam lah sesuatu akan berlaku.
  5. Sebab bos tak suka saya. Increment saya lebih rendah dari beberapa orang kat sini. Tapi bila tengok task, saya rasa saya lebih perform better dari orang itu. Tapi terus terang cakap, saya pun tak tahu apa yang dia suka sangat dengan mamat tu. Gay kah?
  6. Tekanan dengan bos ini takkan berakhir bila projek ni habis. Next projek akan ada lagi tekanan macam orang gila ni. It will be never ending story.

Okay lah. Cukuplah tu. Saya dah pening nih!

Have a nice day!

Regards,

~Ha~