Salam Eidul-Adha! ~walaupun sudah hari raya ke-2. Tak mengapa.. ingatan itu yang penting!

Kali ini saya bercuti dengan kadar yang agak panjang. 5 hari kamu tahu.. 5 hari!! Mengalahkan cuti raya Syawal pula. Saya pulang ke Taiping, ke rumah mak saudara saya. Dia yang menjaga saya sejak dari Tingkatan 1 lagi. Dulu-dulu macam ada rasa sedih juga, terpinggir dari family dan duduk dengan dia. Tapi sekarang I feel so blessed dengan takdir saya. Sangat banyak jasa dan pengajaran mereka sekeluarga pada saya.

Saya ingat lagi masa saya Tingkatan 1, oleh sebab family saya agak besar dan jarak agak rapat, family opah saya mencadangkan antara mak atau ayah saudara saya amik dan jaga saya, sebab takut-takut saya akan diberhentikan sekolah. Masa tu, semua orang macam pandai cakap, tapi bila part nak cari siapa yang nak volunteer, semua cakap tak boleh.

Jadi makcik dan pakcik saya yang kat Taiping ni yang setuju nak jaga saya. Menjaga saya tanpa sebarang bantuan dari orang lain tau. Dari hal-hal sekolah, sampailah ke hal-hal diri saya, semua diorang tanggung. Sudahlah kasik sekolah, kasik bekal, kasik duit belanja, kasi tusyen, kasi saya kelas mengaji Quran dan macam-macam lagilah! Walaupun dulu memanglah macam ada stress skit, sebab asyik-asyik cakap, mesti masuk sekolah asrama bila form 4. Asyik-asyik cakap, saya mesti masuk mrsm lepas PMR. Asyik-asyik marah kalau saya dapat result teruk dalam kelas. Sampai saya pun tak tahan, terus belajar bersungguh-sungguh, demi dapat masuk asrama, demi dapat keluar dari rumah tu, sebab dah tak tahan stress. Uhuh.

Masa saya masuk MRSM, makcik saya pernah cakap kat orang, dia mak saya. Sebagai budak kecik yang tak matang, tiba-tiba saya rasa macam sangat sedih. Apakah mak saya juga sudah tiada? Hokaayy.. saya memang macam tak matang langsung masa tu. Tapi masa tu jugak, makcik saya dah macam lain dengan saya. Dah tak marah-marah sangat. Marah skit-skit jelah. Macam marah kalau saya bergayut telefon ke, marah sebab tak bangun sembahyang ke. Tapi taklah marah dengan kadar yang banyak macam dulu-dulu.

Bila saya masuk ITM, diorang tak dapat nak tanggung saya macam masa sekolah dulu. Atau macam masa masuk MRSM. Dia mintak saya amik PTPTN. Tapi sebelum duit masuk, diorang memang akan bagi lah duit. Lepas tu, saya pun banyak berdikari, tak pernah lagi mintak duit dari diorang sangat. Tak kalau tak terpaksa. Macam contoh masa saya extent semester akhir kat Shah Alam. Saya kerja part time, tapi mintak diorang tambah skit duit lagi.

Kalau dengan family saya, saya anak nombor 1. Maka akan menjadi sangat garang. Eh, garang sangat kah aku? HAHA. Garang lah, tapi bukan garang tak bertempat. Dan sangat bossy jugak! HAHA. Dan sangat serius. Okay, saya perlu buang perkataan ‘sangat’. Saya serius, dari adik-adik saya yang lain. Tapi semua itu sebab saya mahu mereka menjadi yang terbaik.

Tapi bila dengan family makcik saya, saya jadi nombor yang bawah-bawah. Nombor kedua terakhir. Jadi perangai saya terus bertukar 180 darjah. Saya jadi tak ambil kisah, sebab ada ramai lagi kat atas saya akan buat sesuatu. Saya garang jugak, tapi dengan anak buah saja. Takkan aku nak menjadi garang dengan sepupu-sepupu aku yang lebih matang dan dewasa tuh. Selalu kena marah, dan kene buli jugak. Haish.. ini memang saya benci! Akan berusaha menentang, walaupun lepas kelihatan aku macam garang macam anak kucing, garang tapi sape pun tak peduli. blerrrgghh.

Saya tahu saya ada kehidupan yang sedikit pelik. Pelik, tapi tidak aneh. Dan saya tak kisah pun dengan kehidupan saya yang pelik ini. Sebab pelik itu menarik!

Jadi, kadang-kadang saya tak tahu nak cakap apa bila orang perli-perli saya lebihkan family di Taiping dari di Pangkor. Atau orang cakap saya macam anak derhaka. Atau bila family di Pangkor macam nak kecil hati bila saya balik Taiping. Kadang-kadang, saya ada perasaan yang ‘lain’ bila family sendiri mintak duit dari saya. Saya tahu tak baik, tapi.. Macam nak kata family di Taiping lebih deserve nak meminta-minta. Tapi, tentulah saya bagi jugak kat family saya. Takkan tak bagi pulak. Cuma hati tu je, macam ada terdetik..

Dan kadang-kadang saya pun pening juga bila pakcik saya pun nak kata saya sudah lupa rumah di Taiping. Dan selalu memberi pesan-pesan pelik dan aneh. Macam selalu pesan supaya saya jangan baik sangat beri duit pada orang. Selalu pesan ramai orang, walaupun saudara sendiri akan amik kesempatan pada kita. Dan kadang-kadang, saya jadi sedih sebab saya tak beri duit pada diorang sebanyak saya beri pada parents saya. Tapi, itu sebab saya melihat siapa yang mempunyai lebih keperluan.

Betullah, kadang-kadang, kepelikan juga sesuatu yang memeningkan.

Hakikatnya, saya sayang kedua-dua family. Diorang berkorban untuk saya dengan cara masing-masing. And I feel so blessed by having lots of love from both!

~eh.. apakah direction entry aku nih? mula-mula macam nak cerita pasal kebaikkan dan pengornanan orang pada saya, tapi telah bertukar menjadi cerita tentang saya pulak. HAHA.

Regards,

~Ha~