Tags

Hey you.. wanna hear something??

I’ve been spying by a psycho stalker!! Uhuh.. I don’t know what to say!

Baiklah, mari bercerita secara lebih jelas. Ingat tak cerita saya pasal peristiwa ini. Dan selepas kejadian tersebut, saya takda pernah mahu mengambil tahu atau bercakap dengan orang ini. Biarlah dia perasan seorang diri. Tapi takda juga membuat muka sombong. Nanti aku membuat muka yang bukan-bukan, takut pulak dia membuat sesuatu diluar jangkaan. Saya perlu ingat saya adalah perempuan bujang yang menyewa di situ.

Tapi kelmarin saya dapat tahu suatu perkara. Dan ia memang sesuatu yang lebih menyeramkan dan menakutkan!! Tapi ini bukan cerita hantu tau!

Ada pak guard bagitahu saya, guard yang ada masalah dengan saya tu, telah pergi mengupah orang untuk memcuci kereta saya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Maksudnya, bila saya outstation, mamat ini secara automatik telah berasa sangat bertanggungjawab mahu menjaga kereta saya!

Aaahhhhhh.. apa bala pulak yang datang nih. Apakah mamat ini? Sungguh psycho tak bleh blah la plak. Bukankah hari tu dia yang beria-ia memberi amaran pada saya. Sekarang apa sudah jadi dengan amaran-amaran tersebut. Sudah menjadi amaran palsu?

Memang sedang berasa sangat takut ni. Bayangkan macam-macam perkara mamat ini boleh buat, sebab dia kan guard di situ. Saya pun sudah tak tahu mahu berbuat apa. Ada beberapa option:

1. Membuat tak tahu. Lagi pun, bulan 12 ni saya akan berpindah ke rumah Yang, cousin saya! sementara itu, berdoa la semoga takda apa-apa berlaku.

2. Report pada pak guard lain. Tapi mesti cerita akan menjadi lebih panjang lebar dan menjadi sangat mess up. haihh..

3. Tak tahu.. tak ada idea nih!

Begitulah kehidupan saya. Saya sangka saya ini tidak cukup cantik dan bergaya untuk orang nak stalker, hah amik kau, tiba-tiba dah jadi macam ni pulak. Tapi saya rasa bukan faktor cantik ni. Ini lebih kepada faktor.. duit!! Sebenarnya bukan saya yang kata, Pakcik guard yang pergi report kat saya tu cakap macam ni. Walaupun macam takda pasti apakah kaitan duit saya dengan dia.

Apakah dia ingat saya memberi duit kepada dia secara senang lenang?? Dia tak tahu, cousin saya pernah cakap, saya seorang yang sangat kedekut!

Regards,

~Ha~