Tinggalkan lagi cerita Ausie. Nak kembali ke masa sekarang!

Saya di KT sekarang! Tapi sudah terasa suatu kehilangan. Eceh. Tapi betul. Baru berada dalam teksi semalam pun sudah terasa kehilangan tersebut. Sebab sudah terfikir nanti bila ada pasar malam sudah tak boleh pergi. Nanti malam-malam nak dinner, terpaksa makan roti saja. Atau makan makanan hotel yang tak sedap tu. Nanti akan bersusah payah bila nak pergi hantar laundry. Nanti sudah tak boleh pergi Maydin, atau Giant dengan kadar yang kerap lagi. Atau mungkin tak dapat pergi langsung. Nanti, saya sudah tak hangat lagi, sebab sudah tiada orang dapat digosip dengan saya. Eh?? HAHA.

Yang sebenarnya, kawan kitorang yang terapat.. eh? ayat macam tak berapa betul. Support Team yang terapat dengan kitorang telah pun pergi takda kembali lagi. Sudah resign. Cis.. saya nyanyi-nyanyi nak resign, dia yang resign dulu! UHUH. Tapi saya nyanyi lama sangat. Rasanya dah berbulan-bulan. Manalah taknya.

Tapi kitorang semua terasa kehilangan dia. Macamana ni? Orang cakap patah tumbuh hilang berganti. Tak nampak pun yang nak ganti tu? Mane? Mane??

Selamat pergi Adie! Mesti ko berasa lega sebab sudah tak ada nak menyusahkan ko lagi. Atau.. ko pun berasa rindu dengan kitorang, macam kitorang rasa rindu ngan ko. Okey, apasal ayat macam terlalu skema nih.

Tapi aku memang tak puas hati betul, setelah ko dah pindah, baru ko nak pebaik pintu kereta ko. Sajelah tuh! Tengok, sekarang sape nak tumpang kereta ko, dan cakap, Eh Adie.. pintu kereta ko dah elok la!! Haa.. siapa nak cakap macam tu kat ko selain kitorang! HAHA.

Semoga ko gembira di sana. Kitorang tak gembira lagi ni, sebab orang yang kitorang nak buli sudah tiada. Orang yang kitorang nak mengada-ngada nak ajak pergi Mydin la, Giant la, makan luar la, pergi sana la, pergi sini la, dah tak ada!! (T_T)

Sebagai pesanan dari aku, kau buatlah perangai elok-elok kat sana. Ko jangan buat perangai pelik-pelik, macam tiba-tiba bermuka sunggul, pastu bila tanya asyik cakap ko tak apa-apa. Atau berperangai macam ada masalah, pastu cakap biarlah rahsia. Eh.. macam pantun pulak! HAHA. Ataupun ko buat perangai tak menjawab soalan macam yang selalu ko buat kat kitorang tu. Orang tanya lain, ko jawab lain. Orang tanya lagi, ko tukar topik. Orang tanya lagi sekali, ko tanya balik orang tu soalan. Haih!

Aku juga harap ko doakan lah kitorang. Doakan semoga hidup kitorang aman. Doakan semoga kitorang pun dapat rezeki lain. Doakan semoga kitorang cepat-cepat jumpa pengganti ko. Sebab baru satu hari kat sini pun, kitorang dah ada masalah nak keluar makan. Aku puasa tau hari ni. Tengok, aku dah tak tau cemaner nak arrange beli makanan buka puasa dan balik hotel sebelum Maghrib.

Dan akhir sekali, aku doakan ko terjumpa dan baca blog aku. HAHA. ~aku rasa dah penah bagi link blog ni, tapi ntahlah..

Regards,

~Ha~