Tags

continue from part 1

So, we arrived at Brisbane Domestic Airport around 2pm, if I’m not mistaken. We waited there almost 3-4 hours, due to delayed flight to Sydney. Mula-mula, kami macam sungguh sopan-sopan duduh menunggu di depan counter Jetstar. Tapi lapar dan letih buat kami dah jadi kurang malu lagi dah. Cuma, mestlah masih tak setanding dengan keselambaan mat-mat saleh yang terus melepak dan tidur baring kat lantai airport tu.

Mula-mula, kami tanyakan prayer room pada staff Jetstar yang sedang bertugas kat situ. Manalah tahu ada prayer room pulak kat airport ni. Tapi sayangnya tak ada. Tapi staff yang baik dan handsome tu dah banyak membantu kami. Dia cadangkan kami sembahyang di belakang tangga sebab kat kawasan tu agak sunyi sikit. Siap tolong tunjukkan arah utara dan selatan pada kami. HEH. Rasa macam nak berkenalan dan ambil gambar dia saja.

Tapi bukankah saya dah cakap tadi, kami masih tak dapat menandingi keselambaan mat-mat saleh kat sana. Jadi niat tersebut disimpan dalam hati. Tapi, kami bukan saja pergi bersolat di belakang escalator tu, tapi dah siap tidur baring pulak kat situ. Dan siap habiskan keropok ikan yang sepatutnya kami beri pada Faiz sebagai buah tangan. HAHA. Sungguh lapar dan tak tahu kat mana nak cari makanan halal!!

Bila pukul 3.30 ptg, kami pun check in. Rupanya check in untuk penerbangan domestic macam lagi lah senang dan tak ketat langsung. Kalau penerbangan antarabangsa lebih ketat dari Malaysia, tapi penerbangan domestic pulak lagi longgar dari Malaysia saya rasa. Maksud saya dari segi check in. Diorang tak bother pun nak tengok passport kitorang.

Bila masuk dalam, sekali lagi flight delay. Kali ni, kami terus je melepak kat lantai. Dah tak kuasa dah nak berdiri.

Dalam flight pula, saya macam culture shock skit. Sangat lah bising. Memang tak sama langsung lah dengan flight domestic kat Malaysia. Bunyi orang ketawa, budak-budak menangis, orang bercakap-cakap dan berjalan-jalan kesana sini, haih.. sungguh memeningkan. Tapi kami memang penat habis sampai masih boleh tidur lagi dalam suasana yang sungguh huru hara tu.

Sampai dalam pukul 7-8 malam. Faiz dah menunggu kami lama di luar airport. Terus pergi ke rumah dia dan mengisi perut di sana. Tapi saya dah berazam, kalau pun Faiz tak masak malam tu, saya akan paksa Faiz bawak kami makan di luar, walaupun harga makan mungkin mencecah berpuluh-puluh ringgit. Saya memang dah lapar gila!! Tahap kebuluran!

Lepas makan, kami bergerak ke rumah kawan Faiz yang terletak kat bandar Sydney. Yelah, kat mana pulak kami nak tidur di rumah Faiz tu, sudahlah husband dia ada, parents dia lagi dan sepasang suami isteri yang menyewa sekali dengan diorang.

Tapi yang peliknya, walaupun penat, tapi macam tak dapat nak terus tidur pulak malam tu. Haih.. tempat baru barangkali..

Regards,

~Ha~