Tags

,

Lapar nasi la..!!

Ni semua salah Amir la ni, pergi bersembang dengan pasal makan nasi pulak! Oh.. I am so into rice, especially home made cook, yang di masak oleh mak, atau mak ndak, atau mak-mak sedara saya ataupun my cousins. Kalau orang lain tu, bergantung lah. Kadang-kadang sangat suka, kadang-kadang okay-okay je. Tapi kalau makan kat kedai.. uhuh makan la jugak, tapi selera ni tak mungkin lah akan menjadi seperti selera naga! Hehee..

Betul! Kalau kat rumah, kadang-kadang tu saya boleh makan sampai 3 pinggan nasi. Kadang-kadang lah, selalunya 2 pinggan nasi. Itu pun kira tak dasyat lah. Dulu masa zaman belajar kat universiti dulu, rasanya lebih dasyat. Sebab rasa kelaparan dia macam rakyat Somalia yang dah berhari-hari tak makan, 2 pinggan nasi, penuh!

Kalaulah dapat pekena sekarang ni nasi dengan gulai, bubuh kicap, pastu kena pulak dengan lauk ikan goreng, uhuhuhh.. nikmat dia memang tak terkata!! Atau, nasi + sup ayam + kentang + kicap pun boleh tahan jugak nikmat dia.

Aiseh.. baik kita hentikan cerita pasal nasi ni. Sebab malam ni for sure takkan dapat nasi. Masak nasi tu memanglah boleh. Tapi gulai tu mesti tak dapat. Sup pun, rasanya tak cukup sabar nak tunggu sup tu masak. Kang silap-silap, sup tu belum mereneh, saya dah hirup.

Tapi apa nak makan eh malam ni??

Saya tengah layan michelle Pang you tube nih. Tadi terjumpa kat blog org lain. Ermm.. terernye eh. Yelah.. orang cantik kan. Cee kalo tak cantik, ade orang nak tengok? Heheh.. whatever ler. Layan..