Macam nak tukar lah tagline blog ni. Tapi macam tak ada idea nak tukar apa. Rasa yang sekarang ni tak kena. Tapi tak jumpa plak yang lebih sesuai dan catchy dengan saya.

Anyway, bulan ni ding dong dasyat sekali aliran wang keluar. Masuknya sekali je, waktu masuk gaji. Tapi time keluar, uhuhh.. berkali-kali. Habis lah saya kali ni..

Persediaan bulan Oktober ni dah hampir 50% kot. Ticket tinggal satu lagi tak beli. Tempat penginapan dah cari. Kawan untuk jadi tourist guide pun Faiz dah tolong carikan. Tinggal 2 keping lagi tiket untuk saya dan Pae ke rumah Faiz, visa, persiapan baju dan kelengkapan, mungkin nak beli satu dua tiket online nak melawat tempat dan duit belanja. Rasanya yang tu lah dulu kot. Tak boleh nak fikir apa lagi ni.

Oh.. ada satu lagi. Nak pergi check PTPTN. Kang tak pasal-pasal kena tahan kat kastam plak.

ok.. I’m clean! (ingat nak tempek gambar tp asal upload gmbr je hang. Dah 3 kali restart pc.. langsung tak kuasa nak upload dh!)

Regards,

~Ha~