Bila saya sedang memandu dalam keadaan tak tergesa-gesa, saya sangat suka perhatikan kelakuan dan style pemandu-pemandu lain. Haih.. sejak dah pandai baca dan tulis dalam bahasa penjajah ni, bahasa melayu saya dah mengalahkan orang orang bukan melayu pulak. Come on Ha, you can do better!

Baiklah, mari cuba lagi sekali.

Bila memandu, saya suka tengok perangai-perangai pemandu di sekeliling saya. Itu pun kalau tak kelam kabut nak sampai ke tempat yang dituju la. Kalau tak, jangan harap la saya nak tengok orang lain. Saya kira nak cepat sampai je.

Macam-macam benda yang saya tengok. Dari jenis kereta, perangai pemandu, sampailah ke style dan fesyen orang yang memandu. Hari saya cuma nak cakap pasal spek mata hitam je. Yang lain, lain kali baru cakap.


Saya perasan, terutamanya pemandu perempuan, suka pakai spek mata hitam ketika memandu. Macam trend pula. Bila masuk kereta, terus pakai spek. Ke memang kod etikanya kena pakai spek?



Spek pula memang ada macam-macam jenis. Tapi kebanyakkannya akan pilih fesyen yang lebih kurang sama saja. Yang pesen macam mata lalat tu. Besar. Dan bulat. Bukan pilih spek kena ikut bentuk muka ke? Tapi kenapa semua orang pilih jenis yang lebih kurang sama?


Rupa-rupanya, bukan ketika memandu saja perempuan pakai spek hitam, saya tengok dalam blog pun banyak jugak orang letak gambar pakai spek mata hitam, macam pergi bercuti atau melancong. Jadi maknanya, bukan waktu memandu saja la orang pakai spek mata hitam.


Apa yang buat orang terutamanya perempuan pakai spek mata hitam? Sebab silau kah? Sebab tak nak orang kenal kah?

Tapi rasa sebab yang satu nilah. Perempuan dan sebab yang ni rasanya lebih kena. Macam tak dapat dipisahkan. sebab…

nak BERGAYA!

Jadi, mungkin tak saya patut juga mendapatkan sebiji spek mata hitam! Nanti orang kata tak ikut kod pulak.

HE..HE..

Regards,

~Ha~