Rasanya belum terlambat nak ucap ‘Salam Eidulfitri’! Eh.. bukan dah wish ke last entry? Okay, kita betulkan balik. Saya nak ucapkan sekali lagi, Salam Eidulfitri!

How’s the festival? Saya, agak biasa-biasa saja. Dah tua-tua, semangat nak raya tu macam dah menurun. Nak pulak bila kenangkan puasa lepas macam kurang semangah. Nak semangah macam mananya.. terawih pun aci kejap buat kejap tak. Tu belum lagi berlubang-lubang pahala puasa sebab dok buat benda tak sepatutnya.

Lagipun, hati ni asyik ingat nak tukar kerja, tu yang semangat raya tu jadi kurang. Campur pulak dengan persiapan pun ala kadar, semua jadi serba menurun. Dulu, Ayu yang buat semuanya, saya tinggal hulur duit je. Tapi tahun ni, bila dia dah kawin ni, benda ni kena pas baten kat Nurul la pulak.

Kakak diorang yang kat KL ni, jangan harap la nak masuk senarai buat benda-benda ni. Takut nanti, semuanya dia nak suruh jimat dan pakai tahun lepas. Belum lagi kira taste yang tak masuk langsung dengan diorang semua. Kang, lagilah raya jadi hambar. HEHE.

.

Balik Kampung

Macam yang diberitahu hari tu lah, kali ni saya balik kampung dengan memandu. Aiseh, makin lama makin jatuh cinta pulak dengan kereta ni. Mula-mula dulu, memang agak cuak jugak setiap kali nak berjalan jauh. Dia punya ketakutan tu memang lain macam skit. Bukan sebab nak kena drive tu, tapi asyik teringat accident je. Macam terasa-rasa je kalau jalan jauh tu, maka akan accident. Hisshhh.. Nauzubillah..

Tapi nampaknya macam kondifen skit. Bleh la nak drive anytime. Hari Khamis tu plan sepatutnya nak keluar pukul 4-5 pagi, tapi sibuk sangat malam tu, terbangun pukul 5.30. So lepas Subuh, dalam 6.30 pagi tu terus gerak dari KL-Pangkor. Jalan memang boleh tahan banyak kereta, tapi boleh la nak bawak 110-120km/j.

Sekali, ada accident daa antara Bidor-Tapah. Aiseh.. 7km dah jammed. Nasib baik la nak keluar kan Bidor. Stuck sekejap jelah. Dalam 3 jam setengah, sampailah la saya kat Lumut. Bleh tahan juga eh saya bawak keta. Tapi rasa takde pun bawak sampai 130km/j.

Raya Pertama

Sunat raya buat sendiri kat rumah. Dah boring asyik tak dapat pergi. Tak cukup motor la. Takde orang nak pergi la. Tahun ni, hujan rahmat pulak di awal pagi. Saya pun dah terbabas Subuh. Tapi lepas qada’ Subuh, terus je solat Raya sorang-sorang.

Duit raya pun pagi raya baru nak prepare. Pakai sampul dan duit tukar tahun lepas. Sejak ade kereta ni, rasa macam nak berjimat-cermat dengan semua benda. Nasib baik cukup-cukup je duit tu.

Baju raya? Lagi la, pakai baju konvo je. Nasib baik la berat dah turun. Jadi selamat lah tak sendat sangat. HEHE. Pastu keluarga saya macam kucar kacir je dia punya tema. Ada yang pakai warna ungu. Ada yang warna coklat. Ada yang berbaju kurung, ada berjubah, ada yang berbaju pujabi. Ikut dan je.

Lepas tu, saya pun dah ter-miss bagi duit raya kat sorang tok kat kampung saya. Selalu saya tak miss, tapi sebab last minit baru nak prepare sampul, tu yang tertinggal-tinggal.

Eh.. macam buat laporan raya la plak!

Raya Kedua

Berlari ke Taiping, raya sana la plak. Eh, bukan berlari.. memandu lah! Tak ada apa yang menarik, walaupun punya la ramai manusia terjumpa dan datang beraya di rumah Taiping. Perkara biasa time raya lah. Macam rumah korang-korang jugak la. Mak-mak dan bapak-bapak sedara serta sepupu-sepupu datang beraya. Sekali lagi kucar kacir duit kecik takde nak bagi duit raya. Terpaksa buat muka belas kasihan dekat cousin-cousin mintak tukar duit dengan diorang.

Raya Ketiga

Giliran jumpa kawan-kawan pulak. Tapi takdelah ramai mana pun. Jumpa Izuan-Watie-Adli family & Montek-Eni-Haqeem family je. Pastu saya pulak pergi melawat Nadia kat umah, itu pun dah pukul 10.30 malam. Takpe, janji beraya!

Malam tu pegi open house cousin. Siap bergaduh-gaduh dengan sorang cousin ni. Habis kaifiat raya nak bermaaf-maafan dan berkumpul sesama keluarga. Bukan apa, pantang betul saya orang dok buat-buat sombong nih. Walaupun nak bergurau pun.. agak-agak lah kan.

Sebenarnya bukan besar sangat pun bendanya. Pasal tumpang kereta je. Mentang-mentanglah saya dah ada kereta, taknak bagi pulak saya tumpang balik. Kata menyibuk la, dah penuh lah. Hah, tak bagi sudeh! Aku naik ngan orang lain! Pastu sibuk tuduh saya merajuk. Masalahnya, kalau gurau kasar macam ni sekali takpelah. Tapi dah masuk berape kali dah asyik meyombong-nyombong macam ni.. hangin lak aku ai!

Okay, perangai ni tak elok ditiru ye kawan-kawan. Hari baik bulan baik ni, elok la banyak-banyak bersabar. Tengah bersabar lah ni. Jadi terus elak tak nak jumpa. Balik KL pun plan tak nak jumpa diorang.

Balik KL

Pukul 8 bertolak dari Taiping. Plan asal pukul 6.30, tapi mendapat tentangan keluarga pulak. Jadi down jadi pukul 7 pagi. Sambil usha-usha line, takut kena marah lagi. Buat-buat la siap lambat-lambat skit. Nampak macam mood semua pun macam okay, pukul 8.09 keluar dari rumah.

Kereta tak banyak. Laju tak laju la drive. Niat hati nak maintain 110-120km/j. Tapi banyak kali jugak terbabas ke 130km. Tak sengaja. Bila tersedar tu, cepat-cepat down balik.

Ade la sekali tu, tiba-tiba ada satu MyVi biru follow punyalah rapat. Haih.. mensampah betul. Ingatkan nak potong ke ape. Tapi bila masuk lane tengah pun dia sibuk follow dekat, haih nak kena nih! Bila saya bawak 130km, barulah dia dok diam-diam jauh kebelakang. Tengok, habis terus niat saya nak maintain 110km je.

.

Okaylah tu. Saya rasa macam terlampau panjang lebar plak cerita raya. Takpelah, dah lama rasanya tak tulis panjang macam ni. Kalau rasa penat nak baca, sambung-sambung la baca beberapa kali eh. HEH!😀


Regards,
~Ha~