Tags

, ,

Menjalani puasa dengan perasaan kurang ber-maya  karin. Macam tak sabar-sabar nak balik kerja. Tapi baru pukul 3.30 petang. Adeh!!

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Tapi nampaknya saya ni, dah nak masuk hari ke-28 pun, macam tak biasa-biasa je. Saya syak, ada kena-mengena jugak ni dengan detox patch yg saya pakai semenjak dua menjak neh! Tapi memang hebat betul kesan dia. Saya baru pakai seminggu, dah turun 5kg. Huhuh..

Tapi itu cerita yang best la. Yang tak bestnya, saya rasa tersangat-sangatlah letihnya. Ok tipu. Takde lah sangat-sangat letih. Tapi agak letih la jugak. Terutama bila bangun bersahur dan lepas Subuh. Sampai terpaksa tidur sekejap lepas Subuh sebelum pergi kerja tu.

Tapi yang paling kelakar sekali, bila saya cakap kat kawan-kawan kat office, dan-dan tulah semua orang nampak saya kurus. HAHA. Sebelum tu tak nampak pun. Tah ye tah tidak je budak-budak ni. Tak kisah lah. Nampak la jugak diorang macam jujur, sebab lepas tu semua pun sibuk nak beli foot patch detox tu. HEHE. Tak tahu la sebab terpengaruh dengan cakap saya, atau memang diorang betul-betul nampak saya kurus.

Penjual Kerepek Pisang

Sekarang ni kat office, saya dikenali sebagai Saudagar Kerepek. HAHA. Tak tak. Kalau business ni continue sampai lepas raya, baru lah boleh dikenali sebagai Saudagar Kerepek. Sekarang ni, saya sebagai penjual kerepek pisang saja.

Sebenarnya, bukan plan pun nak buat business nih. Hari tu, saja offer kat officemate siapa nak beli kerepek pisang, sebab diorang asyik cakap diorang terlupa nak beli kuih raya lagi. Mula-mula macam suam-suam kuku je sambutan. Alih-alih 2-3 hari pastu, ramai pulak nak. Saya order lah lebih. Sekali memang tak rugilah saya beli lebih. Ramai rupanya yang berminat.

Tapi diorang ni pun macam melampau-lampau la pulak. Saya baru je jual kerepek pisang, alih-alih sibuk tanya ada tak kerepek ubi la, keropok udang la. Haih.. macam saya ni pembekal kerepek pulak selama hari ni. Itu lah pasal saya cakap, kalau business rancak lepas raya ni, saya akan jadi Saudagar Kerepek pulak.

HEHE.😀

Balik Kampung

Tahun ni, saya tak sibuk nak cari tiket bas balik kampung, sebab saya dah ada kereta. HEHE. Jadi memandulah saya raya kali ni. Harap-harap saya bukan insan-insan malang yang terperangkap dalam jammed. Jadi saya pun merancanglah perjalanan.

Insya-Allah, saya akan balik kampung pagi Khamis tu. Tapi cakap tu kena lah berlapik. Dengan izin Allah. Sebab saya ni bukannya jenis senang bangun pagi. Ikut rezeki je. Plan tu nak bertolak pukul 4 pagi.

Tahun ni, hari raya pertama di rumah mak dulu kat Pangkor. Raya ke-2 baru balik Taiping. Atau pun, petang raya pertama tu dah balik Taiping. Tengoklah macam mana. Dengan mak saya tu, tak boleh nak merancang sangat. Buatnya angin dia macam tahun lepas, tiba-tiba je berkeras suruh saya balik kampung dan-dan tu jugak. Padahal dah explain dah sebelum tu saya nak balik sekian-sekian hari. Ntahlah..

Mood Raya

Hari tu cakap macam takde mood nak raya. Dah tinggal last-last day ni baru terasa skit. Tapi saya lagi terasa nak cari kerja baru. Harap-harap dapatlah dalam bulan Oktober ni.

Sambil-sambil tu, saya sibuk juga men-download lagu. Ada satu lagu raya hot fm saya suka betul. Ceria-ceria je. Tapi susah betul nak cari dan download. Jadi enjoy saja lah klip video lagu ni ye.. Kalau ada sumber nak download lagu ni, jangan lupa roger-roger saya!

Akhir kata..

~SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN~

Regards,

~Ha~