Ready.. get set.. and go!!


Itu dia. Sedang cuba update blog dengan kadar yang paling pantas. Walaupun tak tau nak update ape sebenarnya. Takpe. Yang penting usaha tu!

Cerita 1
Hari ini hari Jumaat. Saya bekerja di negeri Selangor. Dan hari ini Nuzul Quran. Bila Nuzul Quran, maksudnya, negeri Selangor cuti. Jadi saya cuti. Heh..

Tapi menjalankan hari dengan sungguh tidak produktif. Walaupun berusaha selepas bersahur tidak tidur, dan selepas solat Subuh, saya cuba untuk membaca Quran, tapi selepas itu saya tewas. Sungguh mengantuk dan sakit perut bercampur-aduk. Nampak tak disitu, saya cuba meletakkan kesalahan pada sakit perut. Heh.😀 Tapi memang tewas. TV pun tak mampu menarik kuasa tidur tersebut.

Cerita 2
Saya dapat voucher 2 orang buka puasa di Palm Garden Hotel. Macam mahu pergi, berbekal semangat mahu makan makanan yang halal, saya mahu check dulu hotel ini dapat sijil halal atau tidak. Tapi setelah check di website Jakim, tempoh tamat sijil pada bulan Julai 2010. Pihak hotel claim, diorang dah dapat dan pihak Jakim dah pun datang last week. Tapi bila tengok sijil yang diorang fax, status: sedang diproses.

Haish.. ada pulak macam tu. Kalau sijil nak tamat bulan Julai, sepatutnya bulan April atau Mei kita dah pergi perbaharui kan? Ini bulan Ogos mahu bertindak. Haishh sekali lagi. Saya tak kata tak halal, cuma saya tak nampak kesungguhan di situ. Jadi saya malas mahu pergi.

Maka, berbukalah saya dan Pae dengan juadah yang dibeli di Pasar Ramadhan di Putrajaya.

Cerita 3
Esok mahu pulang ke Taiping. Pulang bersama Pae. Mahu bergerak pukul 4 pagi. Lepas tu bersahur di perjalanan. Mungkin di Restoran Jejantas Sg. Buloh. Harap esok tak banyak kereta.

Lebih berharap, pulang ke KL Ahad nanti pun tak banyak kereta jugak!

Cerita 4
Gaji masuk juga akhirnya, itupun setelah delay 2 hari. Haish.. pelik tuh. Projek masuk mcm nak rak. Dah lepas fasa 1 pun. Takkan lah tak ada duit. Tanya kakak sekretari, dia cakap Finance kata takde duit. Heh. Itu cerita jenaka. Ingat ini company apa. Takkanlah bulan depan punya gaji, bulan ni baru nak buat kira-kira. Kalau company hidup segan mati tak mahu tu tak apalah.

Nak buat cerita bohonglah tu. Biasanya 3 bulan ahead punya gaji, Finance dah kena siap buat calculation. Tu semua nak tutup cerita mereka buat kerja lambat lah tu. Sudahlah..

Macam dulu-dulu punya cerita lah. Pernah sekali masuk gaji lambat. They put the blaim on Maybank, kononnya Maybank lambat tunai cheque. But ingat orang kat company ni bodoh. When most of employee call Maybank, tanya sebab, sampai Maybank bengang-bengang dan marah Finance (teka je nih..), barulah nak keluar email cakap jangan call Maybank sebab bukan salah Maybank. Nampak sangat salah diorang!!

Nasib baik, purata benda ni jadi cuma setahun sekali. Tapi peliklah kan.. Tahun lepas pun, jadi around end of year jugak!

Ok, habis cerita!


Regards,

~Ha~