Saya jadi sangat frustrated dengan barangan/makanan halal kat Malaysia nih. Dah tak tahu mana satu halal, mana satu tak halal. Pening, pening!

Baru-baru ni penarikan sijil halal daging Mc. D. Sebelum tu, KFC katanya cara sembilihan meragukan. Sebelum tu lagi, ayam kat Tesco. Abih, kalo ayam kat Tesco tak halal, cemaner ayam-ayam kat pasaraya lain? Itu belum lagi kalo saya berfikir lebih kritikal, macam mana pulak makanan yang saya beli kat pasar Ramadhan tu, how sure orang tu tak beli ayam tu kat Tesco?

Belum lagi cerita pasal barangan. Masa sekolah, ada orang cakap Fab tu tak halal. Sekarang ni, dah belambak-lambak lah pulak. Dari ubat gigi, barangan make up, pelembut pakaian, penambah perasa makanan dan macam-macam lagi lah.

Aduh.. pening!!

Pening tu pening la jugak, tapi takkan nak pening sajakan. Terpaksalah buat sesuatu.

Terpaksa la memasak lepas ni. Sekurang-kurangnya, saya tahulah benda apa yang saya masa, dan datang dari mana benda tu.

Dan kenalah monitor secara konsistan barangan yang saya pakai, supaya saya tak terpakai barangan yang tidak halal.

Itu langkah pertama. Langkah untuk BERHENTI dari makan atau menggunakan barangan yang tidak halal.

Langkah seterusnya, berhenti dari menggunakan barangan yang shubhah.

Baiklah.. satu persatu dulu.

SEMOGA BERJAYA!

Regards,

~Ha~