Office

Keadaan di office ni boleh digambarkan sebagai ‘tenang dalam kekalutan‘. Nampak macam sangat tenang. Semua orang diam-diam di tempat masing-masing. Sesekali saja kami akan terganggu dengan bos yang sibuk nak buat spot check. Tapi selalunya, bila bos masuk meeting, semua memang sangat tenang.

Tapi ini lah yang di namakan, ‘dalam hati ada ribut’. Bagaimana tak ribut, kalau tenang kami yang ditinggalkan tu sebenarnya menanti untuk diserang dengan soalan “Dah siap?“, atau “So macamana progress?“, atau juga “Dah solve all open issues?“.

Begitulah lumrah bekerja. Kalau ikut hati, mungkin jugak terjadi amukan di office. Tapi sudah-sudahlah tu kan. Kalau tak suka, marilah berusaha pergi dari sini dengan tenang. Usahlah membuat kecoh pulak.

Anyway, dah balik dari KT sejak Rabu lepas. Tapi datang bekerja di office ni dengan separuh hati. Mungkin juga sebab rindu dengan KT. Ahh.. jangan buat tanggapan dulu. Memanglah selalu mengeluh bila di suruh pergi KT. Tapi bila dah terbiasa kat sana, hari-hari mengadap muka yang sama, suasana yang sama, bila balik ke sini, kadang-kadang terfikir-fikir jugalah orang di sana. HAHA. Mengada-ngada pulak.😀

Tapi yang sebenarnya, aku boring nak kerja sebab kerja ni macam tak habis-habis pulak. Dulu semua orang ada module masing-masing. Tapi bila module aku jatuh Phase 1, Phase 2 nak bagi module lain pulak. Ini kan tak adil. Masa phase 1 dulu, kenapa pulak tak fikir orang yang tak de kerja. Masa masuk phase 2, tiba-tiba rasa aku dah tak ada kerja pulak. Aku pun nak pulak la kerja assist-assist orang. Letih la nama asyik naik je dalam meting.


Aku rasa, sepatutnya ini fasa tenang aku kan? Yelah, sudah lepas satu beban yang besar. Lagipun, masih banyak lagi pending issue. Jadi bila Phase 2 ni, aku terpaksa tengok 2 module besar. Kalo keadaan tidak smooth, memang tergolek aku lah tak menang tangan.

.

Mc D Tak Halal

Eh.. tadi aku baru dapat ym msg, diorang cakap Mc D tak halal. Adeh, aku baru je lepas makan Mc. D semalam! Tarikh penarikan sijil halal tu bermula 15 April 2010.  Huhu.. macam nak pengsan aku dengar. Ni link kalau korang nak baca dengan lebih lanjut.

.

Kereta

Aku dah boring nak rahsia-rahsia. Baiklah, aku nak bagi tau yang sebenarnya keta aku dah accident buat kali-2. Tapi kali ni, kene langgar tepi. Salah aku dan bukan salah aku sepenuhnya jugak. HAHA. Maksudnya apa tuh?

Salah aku, sebab aku himpit ke kiri tak bagi signal. Dan keta kat sebelah kiri aku tu pulak duduk kat blind spot.

Bukan salah aku, sebab aku tengah nak mengelak keta belah kanan aku nak himpit aku. Pakcik tua tu, dengan family dia, haram tak perasan dia dah himpit aku.

Salah aku jugak balik, sebab sepatutnya aku hon je pakcik tu. Tapi tah, aku tak biasa lagi guna hon, jadi macam selalu terlupa nak guna hon yang dah diberi tu. Sebab tu la pakcik haram macam tak perasan pun dia dah makan jalan aku.

Jadi begitulah nasib seorang pemandu baru. Kutuk lah sesuka hati korang. Nak buat cemaner. Aku pasrah. Hehe.

.

Nak balik awal lah hari ni.. ehehe..😀

regards,

~Ha~