Tags

, ,

Selamat Berpuasa..

dan Selamat Berbuka… (lagi beberapa minit saje lagi nih)

Baiklah.. mari kita buka satu cerita. Cerita saya di Terengganu hari ni. Di tempat saya bekerja. Waktu saya sedang kerja bersungguh-sungguh petang tadi. Cerita ini, rasa macam cerita kelakar pun ada.. macam cerita sedih pun ada.

Baiklah.. cerita bermula!

Petang tadi.. ada orang ajak saya pergi membeli makanan di pasar Ramadhan! Eh.. itu bukan cerita yang menarik. Kalau itu sajalah kenyataannya.

Kenyataan lainnya.. orang yang ajak itu, lelaki, dan bukan kawan-kawan saya. Lebih menarik, orang itu lepas ajak saya dengan SMS, terus malu-malu mahu jumpa saya. HAHA.

Eh.. Jahat pulak kelihatannya. Tak tak. Bukan niat dia mengajak saya tu yang nak saya gelakkan. Tapi part malu-malu tu yang saya tak bleh blah!

HAHA.

Baiklah baiklah. Jangan gelak.

Sayu juga saya baca SMS dia. Lebih kurang macam ni lah.

Salam minta maaf kalau permintaan ini tidak kene dgn cara. Maklum sy nie pemalu orgnya hanya sms aja la tempat untuk menyatakan hasrat ini. Petang nie, kita beli juadah berbuka puasa.

Hehe. Biasanya, saya akan beri macam-macam alasan. Tapi memandangkan saya rasa dia mengeluarkan begitu banyak ‘courage’ untuk mengajak saya, saya pun bersetuju.

Tapi tak mungkinlah saya setuju setuju macam tu aja. So saya cakap, kalau boleh ajaklah sesiapa yang lain, sebab saya pun tak selesalah mahu berjalan berdua-dua macam tu pula. Dalam fikiran saya, kalau dia tak boleh nak fikir siapa nak ajak, habislah, nampaknya saya akan paksa budak bertiga, Amir, Adi dan Nizam lah temankan. Saya lebih rela kene kutuk dengan diorang dari pegi seorang!

Last minute, plan canceled sebab tak ada orang nak temankan. Saya cuma senyum saja. Dalam hati.. uhuh.. selamat!

Tahu-tahu sajalah duduk di tempat orang ni. Kene lah fikir sebelum nak buat sesuatu tu.

Erm.. tapi siapa sangka, yang diramal orang selama ini, macam jadi kenyataan pulak!

hehe..

Regards,

~Ha~