Tags

,

Terasa malas dan macam tak sempat nak update.. tapi haipp.. kene update. Perlu istiqamah! Kalau tak.. mungkin lapan minggu lagi pun masih tak update lagi!

Hujung minggu lepas, berjaya menenangkan hati pulang ke kampung halaman. Alhamdulillah.. dapat tengok muka mak dan adik-adik. Baru rasa tenang sikit hati ni. Tenang sampai rasa nak berenti kerja dan duduk rumah saja, tunggu orang pinang. Eh.. ehehe.. over la pulak.😀 Tak tak. Tak lah sampai nak tunggu orang pinang. Cuma rasa macam nak cari kerja yang boleh balik kampung selalu je. Tapi tak boleh jugak lah, sebab nanti semua orang kat rumah tu pulak tensen. Kenapa? Sebab saya ini suka sangat bertindak macam kakak sulung. Jadi nanti semua orang tertekan kena membebel dan buat kerja rumah. HAHA. Jadi baik saya duduk jauh-jauh dari mereka.

Sempat juga bawak mak dan adik-adik yang tengah sekolah asrama tu naik kereta saya. Masa ambil mereka petang Jumaat tu, rasa lain macam sangat. Yelah, dulu pakcik saya yang selalu ambil saya balik dari sekolah asrama, sekarang saya pulak yang buat tugas ni. Ohh.. terasa sangat dewasa. HAHA. Baru ambil adik sekolah dah rasa dewasa, padahal kawan-kawan saya semua dah ambil anak dari sekolah pun. UHUH.

Walaupun bajet macam kelihatan melarikan diri jauh meninggalkan saya pada bulan ni, saya macam tak sampai hati nak begitu berjimat cermat bila pulang ke kampung. Maka.. makin jauh lah bajet lari meninggalkan saya. Tak apalah. Harta dunia. Berdoalah semoga saya tiba-tiba mendapat rezeki terpijak. Eh.. pandai-pandai je buat simpulan bahasa sendiri. Maknanya, rezeki yang tak dijangka lah tu!

Oklah, cerita panjang pun tak guna. Dah pukul 1.41 pagi. Esok nak bangun sahur. Harap-harap saya bangun dengan jayanya! Sebab semalam pun, macam naik tension Cik Tirah mengejut saya bangun sahur. Hari ni, tiba-tiba nak bangun sendiri lah pulak! Tapi kena yakin, mesti boleh!!

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga berjaya mengumpul pahala. Ameen!

Regards,

~Ha~