Mesti korang semua ingat aku tersangat sibuk bekerja sampai tak sempat nak buat entry kan? Kalau korang fikir macam tu.. nampaknya korang semua salah! Memanglah aku super duper busy dengan pekerjaan yang mengalahkan bangla nih. Bak kata colleague aku, bangla pun tau balik umah berehat. Aku rasa, kitorang ni dah tahap pencacai dah. Dah tahap cover kerja semua level. Dari level tukang angkat kerusi meja, sampai lah tahap RO arahkan orang buat kerja. Aku rasa ada baiknya company buang je semua pekerja lain, dan hire kitorang dgn gaji yang tinggi. HAHA.

Tapi itu bukan reason utama kenapa aku dah lama tak update. Tah ape kena tah, tiba-tiba je wordpress ni dah tak bagi post entry. Asal aku click je button new post tu, dia pun keluar blank screen. Asal aku click je, blank screen. Asal blank screen je, aku click. Eh..??

Dan aku ni pun, berpegang teguh pada rukun iman ke-6, iaitu percaya pada qada’ dan qadar, berfikir dan percaya mungkin aku sudah ditakdirkan tak boleh nak buat entry pada kali itu (yang ntah keberapa kali dah). Sampailah suatu hari, tuhan telah membuka mata aku seluas-luasnya, barulah aku perasan blog aku kene hijack. Cis. Tah kenapa tah. Nak kata content aku melampau.. aku rasa kali ni lah antara entry yang paling kurang bersopan aku pernah post. Nak kata kene hack.. haish.. blog aku ni bukan ramai sangat pengikut. Nak jumpa 20 orang sehari view blog aku ni pun payah.

Anyway, aku sebenarnya tersangatlah stress bekerja. Dan sekarang aku tengah stess jugak nak tulis blog ni. Sebab aku tengah pikir benda apa aku nak cakap selain pada pasal kerja. Kalau nak cerita pasal kerja.. aku rasa bukan takat korang je muak.. aku nih dah sampai nak tergolek pengsan dah asyik cerita benda yang sama.

Tapi kan, aku rasa aku pun memang dah melampau gila sekarang. Rebellious nak mati *okey.. aku cuba bersopan dengan menukar perkataan mati. Ada ke aku dah bengang sangat dengan boss aku, sampai bila dia panggil aku, aku balas dengan muka yang paling malas nak layan.. “Nak apa?”

Mungkin waktu tu aku tengah hypo kot. Okey.. bukan aku menjadi hyppo si badak sumbu tu ke apa. Ni hypo bila kurang gula dalam darah. Mana taknya, balik pukul 4 setengah pagi tu, aku dah terlajak tidur sampai pukul 11 pagi. Padahal aku janji dengan user nak pegi buat ward round. So, siap ala kadar, terus aku berkejar ke sana. Kerja punya kerja, pukul 4 baru habis setel semua. Balik bilik IT, baru nak solat asar, pastu sambung document benda yang aku dah buat tadi sampailah pukul 9.30 malam. Dari pagi sampai ke malam tu, aku cuma makan 3 keping biskut, sebotol air mineral dan seketul kuih akok. So, bila petang tu aku baru nak pegang buah langsat sebelum nak sambung buat document tu bos dah panggil-panggil tengok document tu, padahal aku dah cakap document tu tak siap lagi pun dia dok panggil jugak, aku terus je campakkan balik buah langsat tu dalam plastik. Dasar boss spastik betul!! Tak paham ke aku cakap document tu aku tengah nak siapkan, aku kan baru balik dari tempat user, tapi nak jugak panggil-panggil. Pastu bila aku jumpa dia, bukannya dia buat apa pun. Tapi eloklah dia tak buat apa pun. Cubalah tengok kalau dia nak membebel kat aku ke apa.

Okeylah.. mari cerita pasal kereta pulak. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu lagi, kereta aku tu dah pernah accident. Okey.. sebelum tu aku nak cakap.. korang tak payah nak bagi nasihat ke apa. Korang boleh simpan semua nasihat tu dalam hati. Aku tak nak dengar! Buat masa sekarang ni, semua nasihat aku rasa macam bukan nasihat, tapi macam nak menyakitkan hati aku je lagi. Kalau nasihat suruh aku bersabar ke, nasihat nak kene buat apa ke, tu takpalah. Ni, macam nak ambil peluang nak kutuk aku je lagi. Sibuk nak judge aku, aku ni macam tu lah.. macam ni lah. Macam tu ke kawan..

Ceritanya, lepas 5 hari aku dapat kereta, aku dah accident. Ada orang langgar belakang aku. Masa tu tengah jammed. Ade plak orang mencilok ke sana sini. Bila aku break mengejut, tetiba je aku kena bump. Paling bestnya, aku tak mintak ganti rugi pun.. uhuhuh.. Okey, aku dah tau salah aku! Nasib baik.. kecederaan tak kelihatan sangat. Tapi melayang jugaklah duit aku pegi ketuk.. nak plak ketuk kat Perodua.

Tapi aku pasrah. Macam aku pasrahnya bila aku kena kerja macam orang gila kat Terengganu ni. Bukan salah Terengganu aku kerja macam ni. Tapi malangnya, sebab dia berlaku di KT, maka KT membawa sedikit impak pada perception aku. Wah.. aku kene tidur ni. Cakap pun macam dah ke laut dah ni.

Akhir kata (erk.. macam surat kiriman tak rasmi plak).. aku harap korang maafkanlah entry kali ni yang kurang semengah ni. Anggaplah aku sedang di fasa men-tune-kan diri.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Regards,

~Ha~