Tags

, ,

Oh banyaknya nak cerita…

Mari kita cerita satu persatu..

Emosi

Oh.. semenjak dua menjak ini, saya bermain dengan emosi yang sungguh tak ketentuan hala. Bermula dengan rasa letih dan kurang rehat yang berpanjangan, dicampur dengan stress berkerja, itu saja dah buat saya rasa nak lempang orang. Tapi, bila saya terima berita pemergian mak Along ke rahmatullah, emosi saya terus bercampur-campur. Mungkin saya masih tak pandai lagi handle keadaan emosi begini. Bila saya dalam keadaan emosi yang tak stabil, otak saya pun memang tak dapat berfikir dengan baik. Saya asyik rasa nak down dan kecik hati. Emosi pun jadi kucar kacir!!

Saya boring nak cakap benda yang sama pasal kerja ni. Semacam mana saya boring nak menghadapi benda yang sama setiap hati. Sejak kami datang outstation ni, waktu pulang bekerja sudah jadi pukul 9-10 malam. Pernah juga sampai 12 malam. Masuk pula sama seperti orang kerajaan, paling lewat pukul 8.30 pagi. Tapi selalunya pukul 7.30 pagi. Dan kami memang tak ada cuti rehat. Sejak datang 27hb lepas, kami bekerja setiap hati tak berhenti walaupun weekend.

Itu satu perkara. Perkara yang kedua pula..

Tak kira macam mana kami bekerja bersungguh-sungguh pun, bila keadaan tak menjadi seperti yang diharapkan, kami akan di marah macam orang yang sangat tak berguna! Saya selalu terasa kami tidak dihargai. Bila keadaan menjadi baik dan bagus, dan bos-bos menerima kesemua pujian, barulah nak puji-puji kami, itu pun saya rasa ala kadar saja. Tak ada special treat, malah air mineral pun setelah di minta baru lah Project Manager nak beli. Suruh beli air mineral, maka air mineral sajalah di beli. Padahal sendiri boleh fikir, kami manalah ada masa nak pegi beli makan sebab sibuk bekerja. Kalau ada saja sedikit kesilapan, teruslah melenting macam kami ni hanya duduk goyang kaki dan buat kerja cincai-cincai saja.

Ketiga..

Saya sebenarnya sangat sedih dan terkilan sebab tak sempat nak angkat call Along hari Ahad tu. Kalaulah saya bawak phone tu kemana-mana.. tapi semuanya dah berlaku. Cuma kejadian macam ni buat saya terfikir macam-macam. Dan Allah  sebenarnya masih sayangkan saya. Di beri saya kesedaran dan pengajaran pada musibah yang melanda. Kalaulah Allah tak detik pada hati saya tentang kesedaran ini, datang bagaimana hebat musibah yang datang pun, saya tentu masih lalai dan leka.

Saya sendiri yang salah dan terlupa, bahawa dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Saya terlupa yang pada bila-bila masa saja, nyawa antara kita ini akan di ambil. Saya yang lalai dalam persediaan menuju ke sana. Kalaulah saya mati malam ini, apakah untung nasib saya? Semua akan saya tinggalkan. Duit malah kerja-kerja ini juga akan ditinggalkan. Hanya doa anak yang soleh, amalan dan sedekah jariah saja yang dapat membantu saya. Anak yang soleh saya tak ada. Amalan? berapa banyak amalan baik yang saya dan buat. Itu pun terpaksa ditolak dengan amalan yang buruk pulak. Sedekah? Tak setimpal mana pun nak menyelamatkan saya di sana.

Keempat..

Bila keadaan emosi dah tak stabil, apa yang berada di sekeliling saya, semuanya boleh jadi punca nak rasa sedih dan kecil hati. Tiba-tiba saya berasa, budak-budak support tak sukakan kami domain team, sebab selalu menyusahkan mereka. Tiba-tiba saya mudah terasa kecil hati bila ada yang bergurau dengan nada yang laser. Tiba-tiba saya rasa jauh hati kalau orang gembira kami balik KL. Dan, kalau saya lihat orang down dan macam tak ada mood saja di hadapan saya, secara automatik mood saya terus menjadi down sekali, walaupun 5 minit sebelum saya kelihatan baik-baik saja.

Kesimpulannya, saya mudah rasa memang down dan sedih. Entah sebab apa, 2-3 hari ni, emosi saya berkocak dengan hebat, sampai saya boleh menangis dan ketawa dalam masa yang sama, dan mata saya boleh terus berkaca dalam masa 1 saat. Memang dramatis habis! Tentu Imran kata saya pelakon hebat. HAHA. *Cuma bila dengan Shitah saja, emosi saya jadi sedikit baik. Mungkin kami berkongsi banyak cerita peribadi.

Jadi begitulah keadaan saya sekarang ini. Weekend minggu ini, kami dapat pulang ke KL. Dan weekend ini juga, saya akan pergi ber-camping dengan kawan-kawan di UiTM. Harap-harap bila lihat pokok-pokok, hutan dan alam ciptaan tuhan ni, jiwa jadi lebih tenang. Kalau ada rezeki, saya pun nak balik Pangkor lah. Mungkin ada baiknya saya luang sedikit masa dengan mak saya.

.

Ariel Peterpan

Okay, ini cerita tak best. Penat-penat saya minat dia, perangai tak senonoh pula. Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang nak dihairankan sebenarnya. Ariel tu bukannya ada menunjukkan tanda ciri-ciri orang yang beriman pun. Jadi salah saya lah pergi minat dia pulak.

Baiklah, saya patut fikir balik pasal benda ni semua. Sebab saya suka sangat buat keje lagha!

.

Israel

Dulu-dulu kan, adalah jugak saya bertekad mahu memboikot Israel dan sekutu-sekutunya ni. Sebab-sebabnya? oh.. saya rasa semua orang pun dah tahu. Tapi saya bukanlah main ikut semberono saja. Saya faham ini bukanlah jatuh hukum haram kalau saya membeli barang dari Yahudi. Malah ada hadith Rasullulah yang membenarkan kita berjual-beli dengan orang Yahudi. Saya memboikot, sekadar untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Tapi, berasal dari darurat, akhirnya saya membenarkan diri saya membeli hasil produk mereka. Sampai saya jadi tak kisah dengan isu ini lagi.

Tapi baru-baru ini, bila saya terjumpa kawan-kawan yang turut memboikot Israel, dan terbaca pula artikel tentang ini, saya pun terfikir sejauh mana usaha saya berjihad. Jihad itukan ada banyak caranya. Mungkin ini cara yang lemah, cuma sekadar memboikot saja, tapi sekurang-kurangnya lebih ada dari tiada!

.

Baiklah, hari sudah pagi. Ada dua hari lagi yang perlu saya jalani sebelum saya pulang ke KL. Harap-harap, UAT hari terakhir ni berjalan dengan lancar. Amin!

Regards,

~Ha~