Tags

Buruh kasar, pencacai dan kuli.. saya sendiri dah tak dapat nak takrif kami ni masuk kategori mana lagi dah!

*Rasanya, buruh indonesia tu pun ada berenti minum petang dan berhenti kerja pukul 6. Adeh!

Bukan setakat bekerja 7 hari seminggu, bahkan setiap hari mula bekerja pukul 8 pagi.. sama macam orang kerja kerajaan, dan kalau belum pukul 10 malam tu memang jangan harap lah kami dapat balik. Ada tu, sampai pukul 12 malam kitorang bekerja.

Penat, sungguh penat tak terkata..

Sudah lah sepenuh tenaga digunakan, otak pun sampai tepu dah tak dapat nak fikir.

Macam-macam saya nak cerita sebenarnya, tapi dengan keadaan seperti sekarang ni, saya cuma dapat fikir tidur saja. Ini pun kebetulan dapat internet pulak malam ni. Itu yang update sebentar.

Saya harap, all the hard work we do since last week, berbaloi lah keputusannya. Mintak-mintak UAT minggu ni berjalan lancar, supaya dapatlah saya balik minggu ni, dan pergi ber-camping Sabtu dan Ahad ni!

Berdoalah hari-hari seterusnya internet ke udara dengan baik, supaya boleh lah saya update blog nih.