Ahhh.. sungguh mengantuk walaupun sudah pukul 8:11, dan sudah pun berada di office.

Mari kita update sementara masih senggang. Nanti encik Boss masuk, tentu akan jadi tak senggang lagi.

Minggu lepas, majlis kenduri kahwin sepupu saya di Taiping. Berkonvoi dari KL dengan housemates dan cik Pae. Perjalanan menarik, tapi malas nak cerita. Sebab dah lupa. HAHA.

Sampai rumah, anak-anak Mak Ndak saya semua dah ada. Kami tumpang tambah lagi kemeriahan. Esoknya, sebab sudah terlampau ramai orang nak menolong, saya dan Pae kerjanya melepak-lepak saja. Kalau ada pun tugasan, kerja-kerja yang remeh temeh, macam buat bunga manggar!

*Dari buat bunga manggar, baik saya pergi baby sit anak-anak saudaraku yang ramai tuh!!

Hari kenduri, saya macam dah diberi tugas khas, iaitu menjadi bibik. Tugasan khas, menjaga Adam, anak Acu. Tugasan am, menjaga dan melayan semua anak saudara yang mengada-ngada tu. Nasib baik lah masih ramai lagi sepupu-sepupu saya belum berkahwin. Jadi tumpuan memang bukan pada saya lah. Kalau tak, tentu letih nak melayan. Mau jugak aku lesing sorang-sorang budak-budak tu. HAHA. Mak sedara yang garang. Macam anak buah saya penah cakap..

“Mak Long ni suka nak marah-marah!”

Sape suruh kamu tu ‘baik’ sangat. Cakap sekali tak dengar. Sampai nak kene ulang 18 kali (exaggerate). Sampai nak kena sebut nama kamu. Sampai nak kena tinggi suara. Memang nak kena lah!! Manalah Mak Long kamu ni tak bertukar menjadi raksaksa!!

Ni gambar anak-anak buah saya.

Adam yg sudah lali nak tidur..

akhirnya.. kau tidur juaa.. (mcm lagu adam ahmad daa..)

Ready for piccaa.. eh.. sempat lagi yg kt atas tuh nk peace..

The Family

Lepas saya boring jaga anak buah, saya pergi bersosial dengan sepupu-sepupu saya di atas pelamin dan bersama pengantin. HAHA. Gambar perlu ambil, sebagai bukti saya ada waktu kenduri ni. *Sebab aku antara muka yang selalu tak ada waktu kenduri. Banyak dah kenduri saudara-mara aku skip.

tempat kejadian..

itu dia aksi di depan pelamin.. ini baru skit..

EEeehhhhh…

Mane lagi gambar-gambar kami posing atas pelaminan???

Ohhh.. rupa-rupanya kitorang terguna camera cousin saya. Jadi terpaksa lah tunggu next entry untuk gambar-gambar itu. Berdoalah saya tak terlupa atau saya tak terhilang mood nak upload gambar-gambar berkenaan.

Ini pula.. gambar kami (the cousins) dengan pengantin..

aksi 1

Aksi 2

aksi 3

Dan seterusnya aksi-aksi yang ada.. (aku dah tak larat dah letak caption.. ni pun dah berape kali dok restart pc)

Okaylah.. saya dah penat men-upload gambar. Tetiba je cam problem sangat lappy nih. Okaylah. Itu sajalah. Ingat cerita pasal tugasan khas tersebut. Tapi dah macam malas dah. Lagipun, tadi cousin baru upload gambar dr pc dia. So here some pic. Takyah la upload lagi. *Itu dia.. mood malas kalau dah datang, memang dah tak boleh buat apa dah!

Last picca.. The Family.

*tapi ada je yang tak termasuk dalam ni. Tulah.. ramai sangat. Ada je yang tertinggal-tinggal!

Regards,

~Ha~