Tags

, ,

Minggu ni, saya kehilangan mood nak update blog. Mungkin disebabkan tekanan kerja, mendapat tugasan yang tak saya sukai. Mungkin juga disebabkan tak ada perkara menarik yang nak diceritakan. Jadi.. terbiarlah blog ini kesunyian lagi.

even the panda also feel demotivated

Saya di KT lagi minggu ni. Perasaan? default saja. Taklah happy sangat, tapi taklah sedih or marah. Eh.. marah tu ada jugak. Tapi bukan sebab saya dihantar ke sini, tapi sebab kerja. Tugasan kali ni, saya rasa sangat menyampah. Saya kena organize UAT untuk Functional Testing. Oh.. saya benci kerja plan2 ni, sebab saya tak tahu nak buat apa. Kerja organize UAT dengan organize gathering yang macam selalu saya buat tu.. sangat lah berbeza ya kawan-kawan! Jadi jangan ingat saya boleh buat dengan cemerlang. Saya memang blur habis!

Tapi, walaupun saya buat muka blur, nampaknya bos macam tak ambil peduli. Walaupun saya jadi lebih banyak diam dari bercakap, selalu menggunakan hikmat menghilangkan diri secara tiba-tiba (terutama bila bos dah start bising..), walaupun selalu juga membuat muka murung tak bersebab, bos tetap nak jugak saya buat kerja-kerja organizing tu. ohhh.. apa lah nasib saya!

Positif tu memang lah nak positif, tapi saya tak suka lah kerja yang saya tak tahu nak buat. Letih tau kalau asyik kena marah je sebab tak bersedia. Macam kena bersiap-sedia je untuk dibelasah! Boring boring!

Last week, ada reunion dengan kawan-kawan ITM dan outdoor. Mereka plan nak naik Kinabalu lagi next year, tapi turun using via Ferata. Ya Allah.. sungguh ngeri bila saya fikir. Saya ni major factor adalah GAYAT! nak suruh pulak saya turun guna tali tuh? Lepas tu, mereka plan nak pergi main Skytrex kat Bukit Cahaya Shah Alam. Diorang ni tahu ke tak fear factor saya. Fikir je pun dah buat saya rasa nak pitam!!

Okay, kalau tak faham apa saya cakap.. ini link info untuk via ferata.

via ferata style.. takut tak?

Yang ini pulak link info untuk Skytrex.

picture taken from lookat.my/blog/

Saya pening bila fikir pasal benda ni.. adreline saya mula jadi tak tentu arah.. tapi kemudian saya rasa macam excited nak cuba.. boleh tak?

Regards,

~Ha~