Tags

, ,

Uhhh.. lamanya dah tak buat entry!!

Jadi dengan rasa penuh tanggungjawab, inginlah saya meng-update kegiatan saya lewat kebelakangan ini. Eceh.. macam ayat sangat “koya”!

*koya = perasan/poyo/khayal. Dialek Terengganu.

Begitulah, terlalu lama duduk di KT, sampai saya sudah terbelajar bahasa Terengganu. Bukan kata Terengganu saja, Kelantan pun saya belasah belajar. Lately, saya dikelilingi ramai orang pantai timur. Dulu, harapkan si Atie dengan Ekin tu jelah. Malah boleh cakap, diorang adalah orang Pantai Timur yang pertama yang saya rapat.

Sekarang, boleh kata Support Team kat KT banyak orang Pantai Timur. Tak Kelantan, Terengganu. Dan juga Kedah. Oh.. memang ramai gila orang Kedah di sekeliling saya. Jumlah mereka dah sama banyak dengan orang Pantai Timur. ~haihh.. aku ni macam nak buat statistik penempatan peduduk berdasarkan kawasan plak. Tapi orang Perak? Tinggallah saya terkontang kanting sorang-sorang. Sian saya, takde kawan senegeri. HAHA.

KT

Hampir 4 minggu rasanya saya tinggal kat KT. Dua minggu sekali boleh balik KL. Sampai saya rasa, saya bayar sewa rumah untuk letak barang saja. Sampai berhabuk meja di opis ni. Sampai terindu-rindu officemate saya di KL ni. HAHA. Itu memang perasan betul.

Perasaan? Biasa saja. Saya sebenarnya, bukanlah kisah sangat pasal outstation ni. Sebab bukan ada sape pun saya nak kejar di KL ni. Nak kata susah nak balik kampung pun, saya ni bukan jenis home sick ke apa. Ceh.. masa belajar dulu pun, saya balik kampung bila cuti semester je. Itupun seminggu dua je. Selebihnya, saya sibuk nak ukur tanah, masuk hutan mengalahkan askar lagi.

Tapi memang agak stress juga bila datang KT. Terutamanya bila bos ada. Bos itu memang pandai men-psycho orang. Bila dia balik, kami pun bukan main riang gembira macam nak hari raya dengan Support Team. Itu yang sampai ke terpergi pergi Sekayu lah, Kenyir lah, sibuk dok ukur tanah.

Saya suka semua support team! HAHA. Macam ayat orang politik pulak. Mana ada support team yang saya tak suka. PJC pun saya ok apa. Tak tak. Bukan itu maksud saya. Tapi sebab mereka tu sangat memberikan kerjasama. Wah, memang senanglah kerja saya. Selalu tu, saya buat kerja sorang-sorang je. Semua pun buat sendiri. Tapi sekarang, kami semua ada tag team. Macam best gila saya rasa! Kalau saya tak sempat buat atau tak menang tangan, ada orang boleh tolong cover. Ohh.. sangat seronok. Barulah rasa hidup lebih LIVE!! ~tapi tak tahu lah kalau sebab mereka takut dengan saya ke apa. HAHA. Ye.. diorang tu sangat muda belia dari saya. Sampai beza 5 tahun pun ada. Uhuhuh..

Tapi ada satu minggu tu, kami semua memang sangat stress. Sampai ntah kena sampuk apa tah, saya dah bergenang-genang dengan air mata. Ohh.. sangat malu dengan team mate. Nasib baik diorang tak cakap apa-apa lepas tu. Tapi memang sangat stress, sampai semua orang pun macam nak nangis je. Kalau tak nangis, mesti macam nak naik hantu. HAHA. Sampai isu takde siapa tunggu kat KL pun boleh buat saya jadi sedih. Apalah!!!

Last 2 weeks, minggu kami pergi Sekayu tu, kami pergi Kenyir pulak keesokkan harinya. Ohh sangat seronok! Saya biasalah, tengok tasik hutan air terjun semua tu, memang boleh jadi kurang siuman. Semua orang cakap saya salah amik course. Mereka cakap saya kena pergi amik course ‘Perhutanan’. Ahhhh.. ape? Ingat budak komputer tak boleh minat hutan kah?

Tengoklah gambar saya yang bukan main gembira ni.

SEKAYU

TASIK KENYIR

*kreadit to Adie, Support Team kat KT yang bersusah payah pegi edit gambar sampai begitu cantik! Ehehe.. saya amik je. Lagipun, ada picture2 pun memang dari saya pun..

Bos sibuk nak korek-korek rahsia kami buat apa minggu tu. Jangan harap!! Dan tak semena-mena minggu seterusnya tu, beberapa orang kami di arahkan balik office serta merta. Tak sempat nak cukupkan 2 minggu pun.

HQ

So sekarang tinggallah saya di office ni, dok sibuk menyiapkan documentation. Esok due date. Itu yang macam orang gila sibuk siapkan document, sampai tak sempat nak update blog ni.

Okay, ada lagi satu reason kenapa dah tak dapat nak update. Sebab bos saya dah sibuk ke hulu ke hilir macam pengawas. Memang tak aman lah hidup saya. Sampai termelatah-melatah saya terkejut sebab dia datang tiba-tiba je. Sibuk betul!! Buat malu saya je. Abih semua orang dengar saya melatah!

Sambil-sambil buat kerja tu, saya sibuk juga cari kerja lain. Nampaknya, azam saya nak tunggu sampai 3-4 tahun kat company ni macam kurang tercapai lah. Ini bukan isu outstation macam sesetengah teammate saya tu. Pun bukan jugak pasal isu job scope, sebab saya suka saja kerja sekarang ni. Isu gaji pun bukan jugak, walaupun saya tahu ada orang yang buat kerja skit dapat gaji lebih banyak dari saya. Tak apa, rezeki dia. Lagipun, yang lagi saya harapkan adalah keberkatan. Gaji RM8K pun, kalau tuhan tak berkat, mesti tak cukup jugak.

Saya nak pergi sebab isu management. Saya pun tak tahu patut tak saya ceritakan keburukan orang lain kat sini. Saya rasa tak payah lah kot. Cuma boleh saya katakan, saya tak larat lah nak bekerja macam ni. Letih!! Saya tak larat nak bergaduh-gaduh dengan orang. Sekarang ni pun saya rasa saya ni dah jadi kritikal. Cerewet, out spoken, pantang salah, semua nak criticize. Paling tak boleh blah, saya pun dah terikut perangai bos. Semua perkara mesti ada justification. HAHA. Memang kelakar bila dengan kami bergaduh pasal justification, cuma nak bincang tentang kat mana nak makan hari ni. Memang lah bagus kalau perangai macam tu, tapi kalau benda kecik-kecik pun nak justify, memang annoying lah!!

Kawan

Saya ada satu lagi benda nak cerita. Benda ni jadi kat opis saya. Pasal kawan saya. Kawan saya ni baru masuk team saya. Dulu kerja teknikal. Bila masuk team saya, dia mungkin skit culture shock. Yelah, kerja memang lah lebih rileks sebab dah tak perlu buat teknikal sampai pecah otak. Tapi dia kureng pulak dari segi ketelitian. Biasalah kerja Application/Business Analyst ni. Study requirement, buat spec, buat doc, buat testing. Perlu jadi kritikal dan cerewet. Perlu teliti dan kemas. Perlu jugak pandai bercakap dan bergaul. Sebab kamilah muka depan nak jumpa user dan nak bagi training nanti.

Tapi kawan saya ni, tak dapat buat macam yang sepatutnya. Buat lebih kritikal, team saya ni banyak perempuan. Jadi paham-paham lah.

Sebenarnya ini bukan kali pertama ada antara team saya yang tak puas hati dengan kawan saya ni. Tapi dulu semua orang cuba buat tak tahu, memandangkan dia pun baru lagi waktu. Jadi, semua orang cuba tutup sebelah mata.

Tapi bila projek KT ni, semua orang busy. Semua orang penat. Semua orang tengah macam nak naik hantu saja. Jadi bila dia buat hal skit, mulalah orang nampak. Datang kerja lambat, tak ada sifat team work, buat kerja sambil lewa, buat kerja pun kurang teliti, kurang justification dalam team dan kerja dan macam-macam lagilah. Ohh apa lagi teammate yang lain, semua dah mula cam tak puas hati.

Saya pun tak tahu nak kata apa. Saya masih lagi berharap dia diberi peluang. Dalam masa yang sama, saya pun harap dia berubah.

Kemuncaknya, dia cakap tak mahu outstation pula. Dan “Bos saya yang baik hati” tu pun bagi dia duduk di office. HAH!! Memang terus naik hantu lah ramai orang. Mestilah marah kan, sebab kawan saya ni tak buat justification betul-betul. Walaupun bos yang approve permintaan kawan saya ni, tapi sepatutnya kawan saya ni buatlah justification dulu. Kalau dia stay kat office, macam mana dengan orang lain? Orang lain pun ada anak dan suami juga. Di mana keadilannya? Dan kalau stay office, kerja boleh ke siap? Dengan keadaan kami semua di KT, siapa yang nak tolong dia buat kerja? Dengan user pun di KT, siapa nak terangkan semua perkara tu? Dengan dia pun masih baru, sepatutnya dia justify apa yang patut dia buat.

Tapi sesetengah orang yang lain okay je. Macam saya lah. HAHA. Bukan apa. Saya tak kuasa lah nak marah-marah. Tapi saya geram jugak lah. Bukan dia tak tahu kerja macam ni memang require outstation. Dulu macam tak sabar-sabar nak outstation. Ni.. langsung taknak. Siap bagi kata dua, kalau outstation, dia nak berenti. Saya rasa dia cuma cari alasan saja tu. Dia dah taknak kerja kat sini. Tak apalah. Biarlah kat dia. Saya tak kuasa nak fikir pasal dia. Dan kawan saya ni pun dah tender resign. Tengah siapkan kerja je ni sebelum nak berenti.

Dan tadi saya dengar, ada sorang ni bercadang nak ‘sound’ pada hari akhir dia bekerja nanti. Tapi saya tau kenapa sorang tu marah sangat. Sebab dia terpaksa menanggung kerja kawan saya ni. Itu yang sebenarnya..

Dan saya cuma nak cakap satu saja. Awak dulu pun macam tu lah jugak. Saya ni lah yang dok menanggung kerja awak. Awak beria-ia nak marah orang, macamlah awak tak pernah buat salah. Macamlah awak tu yang terbaik. Bukan sekali awak buat perangai. Sampai sekarang pun awak masih lagi dok buat perangai. Kalau tak kerana kitorang-kitorang ni monitor awak, awak ingat awak makin improve? Sampai sekarang pun, awak EL bukannya bagitau bos. Awak bukannya ada semangat team work pun. Awak cerita je keburukan kawan awak kat bos. Sampai kitorang pun jadi menyampah dan geram tengok awak buat kat kawan awak!

HAH.. ambik kau. Saya geram jugak bila dia plan nak kata macam-macam kat kawan saya. Saya tak kata kawan saya tak salah. Tapi saya sakit hati bila orang buat tak kena gaya.

Dan kawan saya tu pun, saya geram jugak. Saya tak tahu lah kalau saya salah, tapi dari pemerhatian saya, dia tak rasa pun dia bersalah. Sikit pun tak!! Kalau ada pun, mungkin cuma 20% je. Ke 10% je. Itupun saya rasa dia bersalah dengan bos saya saja. Sebab mungkin pasal kerja tak lengkap hari tu. Dengan sebab dia nak berenti on the spot ni. Tapi saya percaya, dia mesti langsung tak realise kesalahan dia selama ni. Dia percaya, dia tak bersalah pun. Aduuhhh… Ya Allah.. berilah dia petunjuk!!

Pening saya fikir. Lantak lah. Mungkin dia pergi tu membawa lebih banyak kebaikan kepada diri dia. Dia pernah minta pendapat saya pasal dia. Salah saya, saya tak cerita semua! Sebab saya tak mahu menjadi begitu rough dengan dia. Saya ceritakan yang mana saya rasa major saja, dengan harapan perlahan-lahan dia berubah.

Lagipun, bukan tak ada orang lain bagi nasihat sebelum ni. Ramai yang saya mintak tolong nasihatkan dia. Tapi nampaknya pintu hati dia belum terbuka lagi lah tu.

Huhuhu.. begitulah ceritanya. Saya rasa macam tak ada orang baca lah entry kali ni. Panjang sangat! HAHA. Biarlah. Saya cuma nak meluahkan je.