Alhamdulillah!!

Kita kena ucapkan banyak-banyak syukur kalau apa yang kita hajatkan tercapai, betul tak kawan-kawan? Kenapa saya rasa bersyukur sangat hari ni? Sebab akhirnya, dapatlah juga saya menjejak kaki ke Sekayu! Yeeaaaaayyy!

Hari ini hari Jumaat. Di Terengganu, hari Jumaat kita cuti. Jadi saya dah plan dengan kawan-kawan se-kompeni untuk pergi bersuka-ria hari ini, tanpa pengetahuan encik bos dan juga kuncu-kuncunya. Sedaya-upaya kami merahsiakan expedisi geng bas sekolah ini daripada encik bos, walaupun encik bos ni macam tau-tau je kami tengah rahsiakan sesuatu. Macam manalah saya tak cakap macam tu, encik bos ada membuat percubaan beberapa kali menelefon geng bas sekolah.

Ada yang sempat mengangkat call, dan bila sampai part perlu menjawab soalan, “awak buat apa hujung minggu ini” ~sampai 2 kali encik bos tanya, geng kami menjawab, “err.. errr.. takde buat apa-apa” Ada kedengaran gagap disitu ye kawan-kawan. Tapi nampaknya geng kami berjaya melepaskan diri. Ada juga yang tak sempat jawab call encik bos, tapi kemudiannya geng kami membuat keputusan, tak mau return call. Encik bos perlu ingat, ini hari cuti ye!

Pasar Payang

Pagi-pagi, geng bas sekolah yang berjantina perempuan telah pergi membuat ekspidisi sendiri. Malas nak ajak kaum lelaki kalau bab nak pergi bershopping. HAHA. Kami pergi bershopping ke Pasar Payang. Sebenarnya nak cari pakaian untuk dibuat pasahan di Sekayu nanti. Tapi shopping dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Jadi akhirnya, terbeli-beli jugalah benda yang tak plan. Sepagi kami bershopping dengan riang gembira, bila tengahari kami pun balik lah ke hotel.

Sekayu

Bertolak ke Sekayu jam 3 petang walaupun pada asalnya janji pukul 2.30 ptg. Mungkin geng perempuan dah tak sabar-sabar, jadi tepat pukul 2.30 ptg kami dah siap menunggu. Tapi biasalah janji Melayu. Walaupun plan asal 11 orang, last minit cancel, akhirnya jadi 9 orang. Pergilah kami 2 kereta. Sepanjang perjalanan kami sangat enjoy. Sebab kami tengok cerita Nany McPhee dalam kereta. ~woaah.. korang nak tau, dalam kereta kawan saya tu ada boleh tengok cd.

Sampai di sana, kami lihat ramai yang dah nak balik. Woaahh.. happynya saya. Sebab saya tak suka orang ramai-ramai sangat. Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan petang tu. Lepas solat Asar, mencari port yang sesuai dan mula menghidupkan api, hujan pun turun dengan tak berapa lebatnya. 2 kali siren amaran berbunyi menandakan pihak yang bertanggungjawab mengarahkan pengunjung beredar.

Tapi kami bangsa degil. Kami membulatkan tekad, meneruskan usaha menghidupkan api , dan membuat BBQ. Akhirnya tinggallah geng kami saja di situ.

Pada pendapat saya, Sekayu taklah sehebat mana. Memang kalah lah kalau nak dibandingkan dengan Endau Selai. Okey, macam sangat melampau saya bandingkan dengan Endau Selai. Endau selai tu perlu berjalan jauh masuk ke dalam hutan. Mestilah lebih cantik. Lagipun, mungkin port yang kami pilih tu pun macam kurang menarik. Kalau naik ke atas lagi, mungkin lagi okey.

Tapi saya selalu berpegang pada konsep, bukan tempat yang menentukan seronok atau tidak aktiviti tu, tapi kita yang menentukan keadaan tersebut. Jadi saya selalu rasa, kitalah yang sebenarnya menjadikan keadaan tu best atau tak. Tempat sekadar pencetus keriangan saja.

Jadi bagi saya, aktiviti petang tadi memang sangat enjoyable. Saya happy. Saya dapat tengok hutan, air sungai, dengan bunyi unggas dan ‘hutan’ dan saya dapat berkumpul dan buat aktiviti dengan kawan-kawan. Itu yang paling penting. Saya tak mandi. Tapi hampir separuh badan dan lembab terkena air, sebab asyik pergi bermain air dan merendam kaki.

Esok, geng bas sekolah plan mahu pergi Kenyir. Doakan ekspidisi ini juga berjaya ye kawan-kawan!

reagrds,

~Ha~