Tags

,

Woaahhh.. saya tak pernah terjebak dalam award-award nih. Selama hari nih, saya selalu je nampak orang terima award ni. Tapi saya sangka, award ni kita akan dapat kalau kita menyertai kesatuan atau persatuan blog-blog, atau kalau blog tu memang kategori blog glemer, maka layak la dia terima award ni. Yelah, kalau dia masuk kesatuan atau persatuan, atau pertubuhan.. ~haih.. apsal macam banyak sangat perkataan ‘an-an’ ni. (-_-‘), barulah ada orang nak bagi kau award. Atau kalau kau glemer, barulah orang bagi kau award, sebab orang tentulah nak bagi award pada orang yang best! uhuhuh..

Tapi tak sangka! Kawan saya, Jun telah menganugerahkan award ni pada saya. Dan paling tak sangka, camtu je rupanya nak dapat award ni. Yang penting, ada orang bagi. Kalau saya tau, dah lama saya ‘rasuah’ orang dan kawan-kawan saya, macam Jun, Garfield, Along dll, suruh bagi award ni kat saya. HAHAHA.

Baiklah. Terima kasih saya ucapkan, terutamanya kepada pemberi anugerah, Puan Junn, kawan saya se-Diploma di Manjung, kawan se-praktikal di Telekom Jln Semarak dan kemudian kawan se-fakulti di Shah Alam, merangkap roommate saya di Kolej Mawar.Tak sangka, orang pertama dalam list. Rupanya, begitu gembira dia membaca keluh-kesah saya dalam blog ni. Sampai merasakan blog saya ‘beautiful’! Tiba-tiba terasa macam nak cerita pasal Junn pulak. HAHA. Tapi ‘cerita Junn‘ ni macam dah banyak kali diceritakan je. Baiklah, mari kita.. eh eh silap, saya selalu terlupa, blog ni bukan ‘kita’ yang tulis, tapi saya.. jadi mari saya pikir, apa yang belum cerita pasal Pn. Junn ni.

Puan Junn, itu nama yang saya tak pernah pun panggil, atau kalau panggil pun, panggil dalam blog ni, untuk memberi tahu orang lain yang dia sudah berkahwin dan beranak sorang. ~HAHA. Betapa dengakinya aku! Kalau selalu, saya panggil dia Juntek. Itu pun, bukan rahsia, sebab panggilan tu satu itm dulu panggil dia. Dan sampai sekarang, saya masih lagi berhubung dengan dia, menunjukkan status ‘berkahwin’ bukan penghalang persahabatan ~itupun pasal saya kenal dengan suami dia, si Apai dari sebelum diorang kawin. Apai memang sempoi, sebab tu saya tak rasa segan langsung! HEHE. Dulu, saya selalu juga terfikir, apalah yang membuatkan saya serasi jugak dengan budak Juntek ni. Nak kata kami ni dari tempat atau negeri yang sama, memang jauhlah. Dia budak Keyyel, saya budak kampung je. Okay, takdelah berape kampung sangat. Tapi konsepnya, saya bukan budak Keyyel lah. Nak kata, sebab kami pernah sekolah asrama pun macam tak boleh diguna pakai, sebab selain sebab dari kami dari jenis asrama yang berbeza, kawan-kawan kitorang pun ramai je yang datang dari sekolah asrama.

Jadi setelah berfikir, mungkin konsep suka berhibur tu yang menjadi persamaan kitorang. Kami sama-sama suka main game, sama-sama suka tengok movie atau siri, macam cerita korea, cerita taiwan, mahupun cerita dari hollywood. Kami boleh duduk berjam-jam dalam bilik dan tengok movie atau main game. Baiklah, saya rasa, cerita ni macam semua orang dah tahu. Lagipun, itu cerita dulu. Cerita sekarang, dia sudah jadi Puan Junn, dan sudah ada anak perempuan yang bernama Fatin Farhana. Woahh.. saya sangat suka anak dia. Tapi memang susah nak baik dengan anak dia mula-mula tu, mungkin tak biasa dengan saya. Tapi masa amik gambar dengan En. Topek ari tu, nampaknya, dia boleh terima saya!

Eh, sepatutnya saya tulis apa eh bila dapat award ni. Jap saya check balik. Ohh.. okay okay, saya masih tak lari konsep. Saya dah copy dan paste gambar. Dan cerita pasal Award ni. Dan saya dah ucapkan terima kasih kepada pemberi award. Siap menambah-nambah lagi, pegi cerita pasal pemberi award. Harap si pemberi anugerah berpuas hati. HAHA. Tapi saya nak tambah lagi la skit ucapan saya.

Syukur alhamdullillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada mak ayah di kampung, kerana memahami perjalanan karier saya. Mak, award ni untuk mak! ~padahal, kalau sebut blog pun ntah mak saya tahu ke tak apa maknanya. Tak lupa juga penyokong-penyokong saya. Bagi saya, saya tak suka istilah peminat, semua tu saya anggap penyokonng saya. Media press, media corp. Tanpa undian saya.. eh eh.. tanpa undian anda, saya tak berada di sini.

~HAHA. Kalau korang paling terer, cuba teka, dialog siapa yang saya tiru. Klu: ada 3 orang semuanya!

Okaylah. Saya, kalau bab merapu, serah!! Sekarang sampai part paling susah. Senaraikan 15 bloggers yang anda nak beri award. Paling susah? HAHA. Macam under estimate orang je. Tak tak, bukannya nak kata takde bloggers yang saya jumpa layak dapat award ni. Cuma nak kata, kalau boleh nak bagi award ni kat kawan-kawan, dan rasanya blog kawan-kawan ni macam tak sampai 15 pun saya ikut. Kalau blog orang tak kenal tu, memang la ramai. Eh.. kalau saya ulang balik, bagi balik pada orang yang dah pernah dapat dari orang lain, kira boleh la kot, kan? Lantak la.. saya yang nak bagi award, kan? ~Eh.. betul ke apa saya buat ni?

1. Garfield – Saya suka baca blog makcik ni! HEHE.

2. Juntek – Junn, si pemberi anugerah.

3. Dayat –  kawan BP, tp start rapat kt Shah Alam.

4. Kak Ila

5. Topek, HEH kita kire kawan la jugak kan?

6. Bitten By travel Bugs, Junn lagi..

7. My Room, pun Junn lagi.. woah.. berape banyak blog kau ada hah?

8. Along

9. Nany

10. Wanie

11. Pakwan

12. Shima

13. aku dah takde idea dah.. sowii..

Okaylah. Itu je kot. Oopppss.. ada lagi ada lagi. Ni saya lupa plak nak copy paste.

Syarat-syarat penerima award ni :

1. Copy award ni
2. Buat satu entri pasal award ni
3. Ucapan terima kasih kepada pemberi award ni
4. Kemudian senaraikan 15 bloggers yang anda nak berikan award ni

Tapi ikut suka lah korang nak ikut ke tak. Tiada paksaan juga. Saya pun kebetulan ter-free sekejap ni. HEH.

Okay, dah selesai tugas. Daa..

~Jun dah senaraikan blog-blog menarik tu, Jom Terjah!!

Regards,

~Ha~