Tags

, , , ,

Mood tengah feeling2 ni, sebab baru lepas tengah dengar lagu dari cerita Full House, drama korea tu. So sekarang macam tengah jiwa-jiwa skit. Ahaks.

Sekarang ni saya dah jarang update. Kadang-kadang tu memang lah sibuk dengan kerja. Tapi kadang-kadang tu macam tak ada idea nak cakap. Sebab macam rasa tak semua cerita boleh cerita kat sini kan. Yelah, kalau hari-hari saya cerita pasal kau stress, maka samaada saya akan membuatkan orang yang baca pun turut stress sekali, atau orang pun jadi menyampah dengan saya, sebab asyik mengomel je kejenya. ~HAHA, haa.. tau takpe. Tapi kau buat jugak kan Ha!😛

.

Shopping

Baik lah. Sape yang tau pasal Family Day kat PD ari tu (dengan lebih lanjut maksudnya.. bukan setakat baca kat sini), diorang pun buat sekali dinner malam Sabtu tu. Temanya hitam kuning. Maka Jumaat lepas bersusah payah la saya pergi membeli-belah seorang diri kat Semua House dan Sogo. Uhuhuh.. sungguh berat sekali hati saya bershoping seorang diri. Tapi sekali dah bershoping.. terus lupa daratan, dan terasa seperti berenang-renang di lautan. HAHA. Baiklah. Tak perlu elaborate panjang-panjang. Saya shoping keperluan (baju dinner) di Semua House, dan bukan keperluan (tiba-tiba rasa mahu beli t-shirt dan blouse dan seluar untuk ke PD.. uh uh uh) di Sogo. Sampai terbuat-buat Sogo card semata-mata nak dapatkan diskaun. Padahal, saya memang seakan malas nak jejak Sogo tu kalau hari cuti, sebab benci nak pergi ke tempat yang sesak penuh orang. Tak apalah, mungkin bila dah kerja kat KT ni, boleh la saya bershoping di Sogo ni hari Jumaat, waktu orang sedang bekerja.

Anyway, nasib baik ada imbuhan skit bulan ni. Jadi ada la duit lebih. Mula-mula memang rasa tak patu sebab dah berbelanja banyak. Tapi bila Cik Tirah nasihatkan saya, saya rasa ada betulnya juga. Seingat saya, tahun ni, saya tak ada lagi berbelanja beli baju untuk diri sendiri. Saya asyik risau saja takut kalau saya belanja duit lebih sampai tak cukup nak bagi adik saya kalau dia minta duit belanja. Lagipun, saya tetap juga bagi duit kat dia bulan ni, walaupun dah bershoping sakan.

Tapi, itu bermakna, bulan ni saya perlu kawal lah perbelanjaan saya. Sebab duit lebih sudah digunakan untuk bershoping, maka berharaplah supaya tiada emergency.

Marilah kita lihat apa yang saya shopingkan bulan ni.

Tapi apa yang paling saya suka.. blouse putih bunga pink jenama BUM yang saya beli sekali dengan t-shirt kat atas (tapi takde gambar pulak). Okay.. saya tahu, intrest saya memang kepelikan semenjak dua menjak ni. Sudah minat ungu-ungu pink pula. Aiseh.. bukankah saya baru cakap tadi mood saya juga sudah jiwa-jiwa. HAHA. Ntah. Bak kata seseorang, “You like what you like lah” (^_^)

Saya beli tudung juga banyak, dan saya cuba pakai tudung macam Yuna masa dinner hari tu. Kadang-kadang macam okay saya rasa. Kadang-kadang macam gemuk dan bulat pula muka saya. Anda rasa macam mana? ~Sila tengok gambar di bawah!

.

Kereta

Perkembangan tentang perihal kereta. Bulan lepas, orang bank dah pun call saya berkenaan loan. Tapi saya tak tanya pulak bila saya dapat kereta tu. HAHA. Tapi berita kurang baik, loan sudah naik 4%. Sedihnya! (T__T) Tak apa lah, bukan rezeki saya lah tu, tiba-tiba saja loan naik mencanak-canak. Mesti sebab ura-ura berita harga minyak nak naik tu tak jadi dengarnya.

Tapi saya belum berniat lagi nak bertanya tentang kereta pada sale person tu. Tunggu lah, saya pun hidup tak tentu hala ni. Sekejap di KL, lama di KT. Tapi kalau order tu dah tersampai, erm.. kira takdir saya lah tu.

.

Kerja

Kalau bercakap pasal kerja, mesti akan jadi berapi-rapi. Macam dah boleh nampak asap kat atas kepala saya. HAHA.

Saya sudah mula update resume, tapi masih stuck dekat bahagian reference. Aiseh, susah juga ni. Segan saya nak cakap dengan bos lama pasal nak tukar kerja lagi. Baru 2 tahun lebih di company ni. Tapi macam nak tukar jugak. Baiklah. Esok saya call. Mesti call!!

Sebenarnya, saya fikir juga, kalau saya berhenti, apa nasib project ni. Lagi beberapa bulan nak LIVE. Tapi saya sudah pening dan macam tak tahan dengan management project ni. Kalau dengan client memang lah okay. Tapi kalau lihat dari segi kebajikan kami sebagai pekerja, uh uh uh.. penat lah. Setiap hari perlu menjadi workaholic dan balik lambat. Kadang-kadang kena buat management, walaupun sudah ada manager. Selalu kena marah dan membebel tak tentu pasal.

Baiklah, jangan cakap lagi. Semua orang yang baca blog ni macam dah tahu cerita ni.

Mari cerita gembira.

.

Sekayu

Sekayu.. ini pun bukan cerita gembira sangat. Sebab minggu lepas, masa kami semua pergi PD, budak-budak support ni membuat planning pergi picnic di Sekayu, tinggalkan kami domain team. Hep.. besa dia. Lupa kawan.

Sungguh jeles tengok gambar diorang dalam FB. Takpe, minggu ni mesti pergi!!

Atau.. sekurang-kurangnya mesti pergi jalan-jalan. HEHE. Cakap kena berlapik. Nanti jadi macam hari tu lagi.

Baiklah. Mahu tidur. Eh.. ada berita. Hari tu, masa dekat dinner, ada orang cakap.. saya sudah KURUS!! HAHA. Walaupun tak pasti bercakap secara gurau atau tak, ikhlas atau perli, saya terima pernyataan itu dengan hati yang gembira! HAHA. Taknak pikir lebih2, saya fikir yang baik2 saja.

Sebelum tu.. enjoy la gambar kat PD.

Okaylah, Daa.

Regards,

~Ha~