Dah lama tak update. Maklumlah, kerja pun semakin banyak, bila ada sedikit masa terluang bila balik hotel, terasa mahu berehat dan dah tak larat nak tengok komputer pulak. Bila weekend, dah tak ada internet connection pula. Kemudian sibuk pula dengan aktiviti yang menggembirakan diri. Jadi terbiar lah blog kesian ini tak berjengah.

Saya dapat pelepasan datang lewat ke KT kali ini. Yeaaayyy!! Eh, tak tak. Bukannya dapat cuti ke apa. Cuma dapat balik ke opis sehari sebelum datang kembali ke KT. Itu dia, dapat balik opis pun bukan main lagi dia punya gembira. HEHE. Takdela.. cuma kalau saya dapat pergi ke opis, maknanya dapatlah saya berlama-lama di KL tanah airku ini. HAHA. Itu dia, KL sudah jadi tanah air pula. Sudah Ha jangan kau nak terus merepek!


Baiklah baiklah. Mari cerita apa yang terjadi sepanjang beberapa hari ini. Minggu lepas sudah bekerja penat-penat di KT, memberi orang training, dan membuat persiapan training. Haih.. memang kerja yang sangat memenatkan, terutamanya masa nak prepare training. Yelah, bukan setakat prepare perkakasan dan tempat mengajar, tapi data untuk dibuat training, user ID dan password, user roles, menu assign, data for training and for user testing dan macam-macam lagi lah. Gigih bekerja sampai pukul 4.30 pagi baru balik hotel.

Jadi bila balik rumah, saya sudah tak boleh nak fikir apa kecuali tidur. Jadi saya pun mentidurlah sepanjang hari Jumaat tu, sampai ter-skip skip makan tengahari, sebab merasakan tidur itu lebih penting dari makan. Dan Jumaat malam, saya dan Yang, sepupu saya pun balik ke Taiping menumpang kereta Cik Tirah.

Hari Sabtu, seperti biasa kalau saya balik Taiping, saya akan ‘mengekor’ mak ndak dan pak ndak saya pergi sarapan di luar. Eh.. tak tak. Bukan bermakna saya tumbuh ekor atau apa. Maksudnya, saya ikut mak ndak dan pak ndak saya ke mana-mana lah. Lepas tu akan membeli belah di Pasar Tani.

Ada reunion sekolah pagi Sabtu tu. Jadi saya tumpang kereta Jaja (atau kereta suami dia.. saya tak pasti), pergi ke Taman Tasik, tempat reunion tu dibuat. Sebenarnya, saya baru saja decide mahu datang ke majlis ni petang Rabu. Itupun selepas saya buat keputusan mahu balik kampung. Jumpa kawan-kawan lama, tapi ramai juga yang saya dah lupa nama. Haih.. nak buat macam mana. Saya di sekolah tu 3 tahun saja, dan selepas tu saya terus lost contact. Tapi objektif utama nak jumpa kawan-kawan tingkatan 3A1 tercapai, walaupun tak semua. Sekurang-kurangnya, saya dapat banyak juga contact number mereka.


Balik dari reunion tengahari tu, mak ndak saya masak makanan kegemaran saya, sup ayam! HAHA. Senangnya nak pleased saya. Masak saja sup ayam. Eceh, mengharap orang lain pulak masak untuk dia. Masak sendiri la! Okey, lunch tu makan dengan gembiranya, sampai ter-kenyang kenyang dan akhirnya termengantuk pulak. Akhirnya, lebur terus program diet saya. Dah lah makan bertambah sampai 2 pinggan, lepas terus pergi menidurkan diri sampai 3 jam. HAHA. Sangat bahagia! Walaupun lepas tu menjadi gemuk! HAHA.

Ahad balik KL. Erm.. perkara biasa-biasa saja berlaku. Tempuh highway utara-selatan, singgah rumah pakcik Tirah, singgah Juso, dan cepat-cepat balik rumah, sebab nak tengok Konsert Ulangan AF dan AIM. HEHE. Memang tak ada kerja.

Isnin, pergi opis macam biasa. Tengok-tengok saya orang yang awal sampai. Yang lain lambat. Alasan, jalan jammed. Haih.. Shitah lagi lah. Paling lambat sampai. Fokus testing saja sepanjang hari. Lepas shopping sekejap di Digi Mall, saya balik awal dari opis. Tapi bukan terus balik rumah, pergi shopping kasut kat KLCC. Dapat lah saya pakai Carlo Rinni. Terus rasa hebat macam model Carlo Rino. HEH.


Pagi Selasa, bertolak dari KL ke KT pukul 7.30 pagi dengan kereta. Nizam drive, saya dan Shitah penumpang. Janji pukul 5 mahu gerak, tapi Shitah bangun lambat pulak. Haih.. saya pukul 5.15pagi tu, dah tercegat depan tv dengan siap bertudung bagai. Sabar sabar. Perkara-perkara tak terjangka ni memang selalu je terjadi.

Perjalanan okay okay. Macam biasa, saya dan Nizam akan berjaga. ~Nizam memang la akan berjaga sebab dia yang memandu. Apehal plak kalau dia tidur. (-_-“) Shitah pulak sekejap tengok belakang tidur. Sekejap lagi tengok dah jaga. Kitorang pula, sekejap karok. Sekejap sembang. Dari topik kereta, kerja, penyanyi, lagu.. sampai la ke tempat parking orang cacat pun jadi. HAHA. Saya memang kaki sembang. Nak-nak kalau yang jenis melayan.

Baiklah, mahu berhenti menulis. Rasa nak hangin je nih. Penat tulis, tetiba dia tak boleh save pulak. Kene taip balik. Cait. Minggu ni kerja duduk KT 3 hari saja. Selasa, Rabu dan Khamis. Khamis malam akan pulak ke KL. Jumaat ni rasa macam nak pergi berjalan-jalan lah. Ntah-ntah, saya pergi menidurkan diri sepanjang hari macam minggu lepas. Tapi minggu lepas tu memang sangat penat. Minggu ni macam rileks sikit. Erm.. tengoklah macam mana. Sabtu pagi pulak akan bertolak ke PD. Ada Family Day di sana. Tapi bukan company punya. Menumpang user punya Family Day je. Ntah kenapa ntah, user request kami datang pulak. Baiklah, kami yang menurut perintah. HEHE. Harap semuanya baik-baik.

Sekian dulu, Daa.

Regards,

~Ha~