Tadi keluar makan malam ramai-ramai. Domain dan Support team. Happy-happy. Gelak-gelak.

.

Dan beberapa minit kemudian, tiba-tiba, saya jadi sedih!

.

Siapa yang boleh faham? Saya langsung tak faham kenapa! Why oh why suddenly I feel sad and lonely. Dowwhhh!

Saya memang complicated. Usahkan orang lain, saya pun susah nak faham diri saya. Ntah apa yang saya fikirkan. Orang kata jangan rasa seronok sangat. Nanti lepas tu akan menangis. Oh.. tak nak lah menangis tak semena-mena pulak kan..?

Mungkin saya fikir terlalu banyak kot. Ye, memang banyak yang saya fikirkan sepanjang perjalanan tadi. Walaupun.. dalam kereta tadi bising dengan suara kami bernyanyi.

Saya ada terfikir tentang wish saya yang tak tercapai. Iaitu menaiki Swift. Tapi takkanlah sebab tak dapat naik Swift saya boleh jadi sedih kot. Oh.. nak bagi tahu kamu, ada sorang colleague saya pakai Swift. Bestnyaaa..!! Saya tahu saya takkan beli kereta tu. Tapi saya teringin nak naik Swift. Saya nak tahu, apa ‘rasa’nya dapat naik Swift.

Atau mungkin sebab saya terfikir tentang Sekayu? Oh.. minggu ni kami semua balik KL. Next week pun akan balik KL juga, sebab perlu attend Family Day di PD. Jadi tak tahu bila mahu saya spend weekend di sini. Kalau tak spend weekend di sini, tak dapatlah saya berjalan-jalan di sekitar KT. Tapi, kalau dapat spend pun, belum tentu semua orang bersemangat mahu turut serta dalam plan pengembaraan saya. Jadi tak tahu bila hajat saya mahu pergi ke tempat-tempat best dapat saya buat.

Kemudian, saya ada juga terfikir pasal outdoor. Saya dah lama tak pergi join outdoors. Tiba-tiba teringat gunung Kinabalu, Mulu, Miri, Kampung Budaya, Gopeng, Endau Selai, water rafting, water tubing, jungle tracking, hiking, waterfall abseiling dan macam-macam lagi lah. Sungguh saya sangat rindu nak pergi main-main macam dulu. Saya rindu jumpa kawan-kawan outdoors yang sangat happening. Saya rindu mahu berpenat-penat dan bersusah-payah di dalam hutan, dengan teman-teman yang sama pemikiran dengan saya.

Dan akhirnya, saya teringat tentang teman-teman rapat yang pernah saya lalui hidup bersama. Rindu saya pada mereka. Gelak ketawa saya dengan teman-teman sekerja sebentar tadi buat saya teringat saat-saat saya bersama dengan teman-teman dulu.

Baiklah, sedih itu boleh. Tapi jangan dilayan sangat rasa itu. Sebab rasa yang berlebihan boleh merosakkan diri. Saya rasalah.. HEH!

Semoga kamu tenang-tenang saja.

Regards,

~Ha~