Baru saya perasan, lewat kebelakangan ni, saya kurang menulis sesuatu yang berbentuk pemikiran (something thoughtful). Atau menulis sesuatu yang berbentuk pengajaran kepada orang. Apa yang terlahir adalah lebih kepada apa yang berlaku dalam kehidupan saya seharian. Atau pun menulis sesuatu untuk melepaskan perasaan. Dan saya merasakan ini sesuatu kekurangan yang perlu saya perbaiki.

Jadi mari kita fikirkan, apa yang harus ditulis. Eh.. bukan kita, tapi saya saja. Sebab ini blog saya, jadi saya lah perlu fikirkan dan akan tulis. Kalau blog kamu, barulah kamu fikirkan apa yang kamu nak tulis. Tapi saya tak peduli dan tak mahu ambil tahu apa kamu fikir dan nak tulis. Sebab sekarang kamu berada di blog saya. Baiklah, mari kita hentikan perbincangan antara saya dan kamu dalam blog ini.

Berbalik kepada perkara di atas. Apa nak tulis? Saya pun tak ada idea. Sebab.. sejak kebelakangan ni saya pun tak sempat nak berfikir. Dalam otak ni asyik dipenuhi dengan kerja dan perasaan marah je. Saya macam dah dikawal emosi. Tak bagus untuk kesihatan mental saya. Juga kesihatan fizikal saya. Boleh dapat hypertension.

Jadi saya pun berfikir sampai bila saya mahu jadi begini. Apa yang perlu saya buat. Dan sebelum saya fikir apa yang saya buat, saya perlu fikir, kenapa semua ini berlaku, dan apakah hikmah disebalik semua ni.

Saya tahu, tuhan jadikan setiap dugaan dalam hidup ini pastilah bersebab. Sama ada sebab itu bersandarkan kepada kita, atau saya lebih spesifiknya, disebabkan oleh kesan dari tingkah laku dan perbuatan kita, atau dugaan itu bersandarkan kepada orang disekeliling kita, demi memberi pengajaran kepada orang lain, yang juga secara tidak langsung pengajaran kepada kita. Hah.. ambik kau! Paham tak apa saya cakap? Penat tak dengar?

Jadi, sebagai manusia, adalah tugas kita sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Tak mungkin Tuhan menginaya hamba-hamba-Nya. Sama ada Tuhan mahu mengurangkan dosa-dosa kita, atau mahu menambah pahala kita dan meningkatkan lagi keimanan kita. Saya tahu semua tu. Saya tahu!

Tapi yang saya sedihkan tu, kenapalah waktu saya marah, saya tak teringat semua itu. Macam-macam cara saya telah cuba untuk mengawal emosi saya. Saya baca artikel dari Prof Fadhilah Kamsah bagaimana mahu mengawal marah. Saya tonton rancangan Prog Fadhillah Kamsah tentang cara mengawal emosi. Saya cuba cari kebaikan dari semua keburukan yang saya sangka berlaku pada diri saya. Saya cuba berkali-kali ingatkan pada diri saya yang marah itu sahabat syaitan!

Tapi..

5 minit saya ingat, 5 minit seterusnya saya dah lupa, dah terus jadi marah bila ada sesuatu berlaku! Itulah saya, manusia biasa. Sekejap ingat, sekejap lupa. Sekejap nampak sungguh insaf, tiba-tiba sudah bertukar menjadi raksaksa.

Puas juga berkali-kali saya katakan pada diri saya.

Sabar Ha sabar! Dapat pahala kalau kita tahan marah.

Sabar Ha. Kalau kau marah-marah macam ni, nanti orang akan cakap kau orang yang beremosi. Nanti akan hilang rasa hormat orang pada kau.

Sabar Ha. Setiap benda ni ada hikmahnya. Cuba lihat keadaan dari sudut yang lain. Cuba tengok kebaikan dari skop yang lebih besar. Memang ada banyak hikmahnya.

Ha, tak semestinya orang lain saja yang salah. Mungkin kau pun ada salah juga. Kau pun bukan malaikat. Orang soleh pun bukan. Kau tak syumul. Jadi jangan asyik nak mengata orang. Mungkin kau dan mereka sama-sama ada salah.

Ha, kan ada hadith cakap, orang yang banyak cakap, banyak salahnya. Orang yang banyak salah, banyak dosanya. Orang yang banyak dosa, api neraka lah tempatnya.

Dan sebegitu banyak perkara yang saya ingat-ingatkan pada diri saya, akhirnya tadi, bila saya dapat call dari KL menyampaikan berita office kecoh-kecoh angkara kami balik minggu lepas, terus saya jadi marah-marah. Terlupa dah semua azam dan janji sebentar tadi. Ceh!

Saya harap saya lebih kuat lagi. Saya harap saya lebih berazam. Saya harap ada orang yang akan selalu ingatkan saya, terutama ketika awal-awal ni. Saya harap ada orang boleh jadi guardian angle untuk saya, sampai saya berjaya kawal dan pegang emosi saya.

Tapi bila saya cakap begini, itu tak bermakna, ada sewenang-wenang nak perli-perli saya. Saya mahu sokongan membina, bukannya nak buat saya jadi bahan ketawa anda, atau buat saya makin sakit hati dan akhirnya, saya jadi nak marah anda pulak! Kalau itu yang terjadi, saya tak bertanggungjawab. HEH!

Okaylah, harap anda juga akan menyedari di mana kehilafan anda. Dan saya harap anda juga mengakui kelemahan anda tu. Dan saya juga harap anda seperti saya, cuba memperbaiki diri anda dan berazam mahu menjadi yang lebih baik. Dan saya harap, anda tak jadi seperti saya, lemah dan cepat lupa dengan azam sendiri. (-_-!)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(ali-Imran:110)

Semoga esok kita menjadi lebih baik dari hari ini.

Regards,

~Ha~