Hari ni saya nak cerita pasal diri saya. Tak apalah, hari ni mahu jadi self centred sikit. Self centred di blog sendiri, tak apalah kan. Siapa lagi nak cakap pasal saya kalau bukan saya kan?

Baiklah, saya cuma mahu cakap, saya selalu berasa pelik kenapa saya selalu ada kesukaan yang ‘semacam’ sikit dari orang lain. Kadang-kadang tu langsung tak sama macam orang lain. Sampai orang pun suka nak tanya kenapa kenapa?

Contohnya, saya tak suka makan daging. Ntah kenapa ntah saya tak suka. Bukan sebab alergic ke apa ye. Cuma saya tak suka betul rasa daging segar. Sebab tu saya tak makan burger daging. Kadang-kadang saya boleh tahu makanan tu ada daging walaupun tak nampak. Lidah saya ni macam ada detector je, walaupun tak nampak daging tu. Dan bila saya rasa daging tu, mulalah saya rasa nak marah. Sungguh saya tak boleh lah dengan makanan yang berdaging ni. Tapi, ada satu jenis daging yang saya makan. Iaitu daging kotak! HAHA. Sungguh tak boleh blah!

Contoh yang kedua pula, movie-movie yang saya minat. Maaf kalau ada orang marah, tapi saya kurang minat la cerita P.Ramlee. Maaf ye. Ni bukan sebab saya berlagak tak suka cerita melayu ke apa, tapi ntah la, mungkin masa kecik-kecik dulu selalu kena paksa tengok kot. Jadi saya tahu je kebanyakkan cerita P.Ramlee, cuma tak mahu tengok lagi dah. Kalau tengok balik pun, cuma part yang kelakar je.

Dan saya pun tak suka juga tengok cerita melayu. Yang ini pun kadang-kadang saya pelik juga. Bukannya apa, bila saya tengok cerita melayu dengan budak-budak rumah, walaupun cerita melayu yang kami tengok tu kelakar sampai gelak terguling-guling, tapi kemudiannya, sekejap saja saya dah rasa bosan dan seperti mahu tukar chanel lain. Haihh.. pelik sungguh. Tapi saya tak la pergi tukar chanel, nanti mengamuk la budak-budak tu.

Berbalik pada perkara asal, contoh yang ketiga pula, saya tak suka dengar lagu rock kapak dan tangkap leleh. Dan juga lagu oldies. Dan juga lagu-lagu dangdut. Haih.. banyak pula yang saya tak suka ye. (^_^!!) Tapi tulah, saya memang tak suka nak dengar lagu-lagu macam tu. Nanti dia macam akan menimbulkan rasa sedih je dalam hati. Rasa macam tersayu-sayu je saya rasa. Macam akan terimbau-imbau kenangan silam. Walaupun macam tak berapa pasti kenangan apakah yang saya nak imbaukan. Itu yang buat saya benci tu. Haih.. saya ni sentimental juga orangnya. Cuma cara saya handle tu je pelik sikit.

Jadi, itulah saya. Yang pelik itu pun saya. Yang buruk pun itulah saya. Jadi hadap jelah saya yang satu ni ye. HEHE.

Oklah, itu jelah. Saya happy balik KL minggu lepas, keluar jalan-jalan dengan Along, makan sushi, udon with tempura dan ntah apa ntah saya buat lagi, tapi semuanya berunsur kegembiraan. Jadi nikmatilah kegembiraan saya dalam bentuk gambar! (-_@)

Sekian lah sampai di sini ye. Doakan saya nikmati minggu seterusnya ini dengan hati tabah!
Aja aja, fighting!

Regards,
~Ha~