Tags

Okay, statement kat atas tu statement nak cover sebenarnya. HEHE. Yelah, panas di hati siapa yang tahu, ye tak? Tapi mungkin dah belajar beberapa teknik-teknik me-relax-kan diri, bila kena marah tadi, saya balas “OK!”. (^_^)

Plan berjalan-jalan sepanjang hari telah burn begitu saja. Ini semua angkara Training Consultant team kitorang. Sepetang kami duduk dengan dia. Dia mintak update. Dia marah-marah. Dia mintak document. Dia mengadu pasal kena marah. Dia membebel. Oh.. sungguh saya boleh jadi mental block.

Tapi saya bayang dia ini orang tua. Orang veteren. Orang tua kan suka membebel. Orang tua kan ada darah tinggi. Orang tua kan suka ingat orang muda semua salah. Orang tua kan suka fikir mereka yang terbaikk..!!

Jadi.. LAYAANNN..!!!

HEHE. Jadi mood beliau pun sekejap sekejap marah. Sekejap sekejap ok. Sekejap sekejap sedih. Sekejap sekejap macam malas nak cakap. Sekejap sekejap macam tak nak berenti cakap.

Saya? Senyum je. Sambil-sambil buat kerja. Sempat pergi tengok tv. Sempat pergi makan. Sempat pergi berak. Sempat pergi surfing. Dan sempat juga buat lawan dia bercakap. Nanti dia terasa hati pulak, macam cakap dengan tunggul kayu.

See, bukan susah pun saya nak ambil hati dia. Yang penting, pekakkan telinga dan bekukan hati. Buat fun je dengan apa dia cakap. Kalau salah, admit lah. Kalau tak salah, deny lah. Kalau dia cakap salah orang lain, buat tak tahu je!

.

Dari petang tadi, saya layan Full House. Haih.. tiba-tiba craving for korean drama pulak. Dengar cerita consultant third party tu orang Korea. Uh uh .. macam tak sabar nak jumpa. Dengar cerita bawa dia punya parent. Ohh.. mesti lama duduk Malaysia! Kita tengok la macam mana nanti. Harap-harap ramah macam Bambang!

Esok, by hook or by crook, mahu pergi Sekayu. Peduli semua kerja. Ke tepi kau! Jangan kau bagi kerja di hujung minggu. Kau ingat ingat aku begitu loser mahu pergi membuat kerja di hujung minggu! HAHA. Macam lah saya mahu cakap macam tu. Sebenarnya, mahu fun together saja, sebelum Ahad datang!

Baiklah. Sekian.

Regards,

~Ha~