Tags

, ,

Mari bercerita!

Sebenarnya, desire nak tulis macam kurang ada, walaupun banyak nak cerita. Saya boleh je nak cerita, tapi hasilnya macam akan jadi kurang best skit. Tapi tulis sajalah. Kalau nak tunggu mood mari, pakai tak berupdate lah blog ni.

.

H1N1 Prevention

Isnin lepas, saya pergi cucuk H1N1 prevention. Maklum lah, kerja dikelilingi orang sakit, possibility nak kena penyakit tu memang besar la. Lagipun, sape nak belanja cucuk H1N1 prevention. Itu dia.. belanja cucuk H1N1 kau. Kau ada orang nak belanja cucuk? HAHA. Macam kesian je dengar!

Cemas jugak lepas kena cucuk. Apa? Saya takut kena cucuk? HAHA. Sungguh macam tak bleh blah. Tak tak. Saya tak takut lah. Saya ok je cucuk-cucuk ni. Jarum lagi besar pada tu pun saya pernah kena. Takut sakit kena cucuk? Kena migrain lagi teruk rasanya! Saya bukan cemas sebab tu lah. Saya cemas side effect lepas kena cucuk tu.

Dengarnya, ada yang demam, ada yang sakit-sakit belakang, ada yang macam lenguh-lenguh tangan. Haih.. pendek kata cerita-cerita effect yang tak sedap lah. Uh uh uh.. saya datang sini mahu kerja. Kalau sakit, siapa mahu jaga saya? HAHA. Macam lah selama hari ini ada orang menjaga saya bila sakit. Tapi yelah, buat apa pergi menzalimi diri sendiri.

Jadi lepas cucuk terus pergi makan uphamol. Yang 650 tu. Itu dia. Betul-betul cemas tu. Tak tak. Bukan sebab tu. Cuma itu saja ubat yang saya bawa. Lagipun, saya ni macam tak boleh makan panadol. Bila makan, selalu juga terasa pedih ulu hati. Pelik kan? Saya tatau pun ada orang boleh alah panadol. Mungkin Psychology je kot.

Mula-mula tu tak rasa sakit sangat. Tapi bila petang dah mula rasa macam kene tumbuk dan rasa lenguh tangan. Tapi hari tu sajalah. Esoknya, Alhamdulillah, semuanya ok. Effect sama je macam masa kene cucuk waktu sekolah dulu.

Habis cerita cucuk H1N1.

.

Kawan Gembira

Saya rasa seminggu ni macam ada banyak gelak-gelak. Kenapa ya? Mungkin sebab saya duduk sebilik dengan Shitah kot. Selalu saja sembang-sembang dan gelak-gelak. Dan ada seorang lagi guy yang sekepala outstation sekali. Hidup memang tak dull la kalo ada budak bedua ni.

Dalam team saya ni, saya main pilih-pilih kawan juga. Bukan tak baik dengan semua. Tapi tak semua orang boleh faham lawak saya. Macam juga saya yang tak boleh faham lawak diorang. Lawak-lawak jenis sinikal ni memang saya susah nak faham. Tak faham mereka sedang membuat lawak, atau sedang mengata saya. Jadi selalu konpius mahu kecil hati benda yang kecil, atau ketawa saja padahal tengah panas ni, atau terus berpura-pura dungu. Tak mungkin lah saya pergi marah mereka pulak kan.

Ceh, macam loser jer kalau saya fikir-fikir apa mahu buat. Jadi baik saya buat perkara ke-empat. Terus saja tak merapatkan diri dengan mereka. Dan kalau kebetulan terdengar, terpaksa la buat-buat tak faham. Loser pun loser lah. Malas nak panjang-panjang cerita.

Habis cerita pasal budak opis.

.

Rancangan Ber-Sosial

Esok mahu pergi berjalan-jalan. Tapi tak decide lagi di mana. Macam mahu pergi Taman Tamadun Islam sebelah pagi. Kemudian sebelah petang mahu pergi Pulau Kapas barangkali. ~tak menetapkan secara pasti lagi. Saya tak minat pulau, panas! Tapi kesian pulak kat budak-budak lain. Sabtu pula, mahu pergi Sekayu. Yang ini seperti mahu mempastikan akan pergi. Saya akan paksa, paksa, dan paksa mereka bawak saya pergi juga. HAHA. Sangat pusher!!

Jadi kita tengoklah jadi ke tak plan ini!

.

Malam yang Bosan

Sangat bosan malam ini. Channel astro yang ada kat hotel ni macam tak best. Walaupun ada AXN & Star Movie. Tv3 ada wrestling. Tak suka wrestling. Astro Ria ada AF8. Itu lagi men-sampah. Tapi kadang-kadang tengok juga. HEHE. Suka juga tengok orang diperayam-ayamkan dengan rela hati oleh pihak astro. Reaksi yang kadang-kadang penuh kejujuran tapi dungu, atau penuh kepura-puraan tapi menghiburkan.

Macam susah saja mahu membiasakan Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. Akan bertanya berulang-ulang kali, hari ini hari apa? Esok hari cuti kah? Eh.. hari ini hari apa? Baik, tak perlu taip soalan yang sama sampai 2 kali. Semua orang dah dapat, saya suka tanya soalan sama sampai banyak kali. (-_-“)

Dah tak tahu mahu buat apa. Hari-hari dapat access internet, semua blog-wajib-baca sudah habis baca! Mahu tengok you tube pun, tak tahu mahu tengok apa. Haih.. kesenggangan masa!!

.

Regards,

~Ha~