Tags

Mula-mula tadi macam ada mood je nak cakap. Lepas tu, tiba-tiba saja terbang. Baiklah, sebenarnya taklah terbang secara tiba-tiba. Setiap perkara itu mestilah ada sebabnya. Tapi sedang fikir nak cakap ke tak?

Saya rasa, saya bukanlah orang yang dengan senang hati berkata sesuatu hal yang bakal buat orang lain tersinggung. Walaupun berkata benar! Sebab saya selalu percaya, kalau kita berniat mahu mengubah orang lain, biarlah dengan cara yang penuh istiqamah. Kalau sekadar berkata untuk melepas kemarahan dan berasa puas hati, saya tak mungkin berjaya mengubah atau menegur orang itu.

~Baiklah, tiba-tiba tersedar, ia hanya apply pada kawan-kawan sahaja. Orang yang tak tahu jaga bahasa dengan saya, saya juga akan kurang ajar dengan dia.

Jadi, bila ada yang cakap-cakap macam nak bergurau, tapi akhirnya buat saya sakit hati, saya terus jadi terfikir dia ni memang niat nak menasihat ke, niat nak menyakitkan hati.

Kadang-kadang betullah kata ramai orang, kalau tak mampu berkata sesuatu yang baik, lebih baik diam. Sebab kalau kita tersalah kata, kawan pun boleh jadi lawan. Orang pun dah tak mahu rapat dengan kita.

Menjaga kata ni, ada macam-macam jenis juga. Yang jenis nak menasihat macam nak melepaskan perasaan sendiri tu satu hal. Yang nasihat tak tentu hala ni pun satu hal juga. Ambil lah iktibar dari nasihat ini. Sebab, baru sekejap tadi saya dah lihat contohnya.

Ada seorang kawan saya ni, kebetulan pula setiap kali outstation, selalu ditimpa ujian. Dan kebetulan kali ni, ayahnya pula sakit dan masuk ward. Tapi datang seorang kawan ni pula dengan niat menasihat, terus cakap, “Kau ada tak bayar zakat harta?” Semacam mahu memberitahu, kau mesti tak bayar zakat harta atau tak buat sesuatu perintah tuhan, sebab tu tuhan turun bala pada kau.

Haih.. jangan macam tu lah kawan. Betul kau niat nak membantu dan menasihati. Tapi janganlah ketika ayah dia tengah sakit. Macam kau tolong menambahkan lagi kesusahan di hati dia. Ada banyak lagi cara kau mahu memberi nasihat. Lagipun, cara kau tu macam menuduh saja. Bukannya macam nak membantu.

Ada satu lagi yang saya kurang berkenan. Tapi yang ini ramai pula kawan-kawan saya yang buat. Jadi sedang terfikir-fikir nak cakap macam mana. Erm.. tak kira lah sama ada niat bergurau atau benar-benar maksudkan apa yang kamu cakap, harap berpada-pada lah meminta supaya jangan sampai menyusahkan kawan-kawan. Saya kadang-kadang selalu gagal membaca niat kawan-kawan. Saya tak pasti mereka berniat mahu meminta pertolongan saya atau sekadar bergurau, tapi kadang-kala saya hampir rasa terbeban dengan permintaan mereka. Tapi saya selalu berfikir, mungkin hari ini hari mereka, jadi apa salahnya saya berkorban. Mungkin tuhan akan membalasnya di kemudian hari, di saat-saat saya memerlukan.

Cuma sekadar nasihat, kalau kita kerap buat macam ni pada orang lain, tentu orang juga tak senang nak bergaul rapat dengan kita. Yelah, kalau kau asyik nak mintak pertolongan saja , atau mungkin asyik mintak balasan saja, atau pun mungkin mengungkit-ungkit saja, tentu kawan-kawan terasa hati dengan kau. Macam kau tak ikhlas saja nak bantu. Macam kawan-kawan kau tu sudah menyudahkan kau sangat. Atau macam pantang baik sikit, kau macam nak amik kesempatan saja.

Macam ada seorang kawan di office ni. Dia selalu saja mengharapkan orang top-up makanan dalam balang makanan di ‘pantry’ kecil milik team kami.  Mengaharap itu satu hal, tapi bila dia buat muka ‘tak malu’ arah-arah orang lain isi makanan dalam balang tu, siap buat giliran untuk orang lain, maka ramailah jadi ‘naik angin’. Bukan tak ikhlas, tapi macam sakithati juga lah, kalau kau macam nak suruh orang pulak.  Jadi terus ramai yang keluar ayat-ayat pedas, akhirnya terus dia pula terasa hati dan tak mahu makan makanan yang dah di top-up. Tengok, kan suasana dah jadi kurang nyaman?

Sebenarnya, tak ada rules menjadi sahabat yang baik. Terpulang cara kamu melihatnya. Bagi saya, sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh bukan sahaja memberi, tapi juga menerima pertolongan. Dan sahabat yang baik, kadang-kadang tidak perlu berkata banyak. Macam Ronan Keating cakap lah..

You say best, when you say nothing at all!

Alhamdulillah, walaupun mood dah swing tadi, nasib baik lah entri terjana dalam keadaan aman dan tidak ikut huru-hara. Malah, mood saya pun dah ok ni. Last but not least, I think, you should read this entry!

Berpesan-pesan tentang kebaikan, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Regards,

~Ha~