Tags

,

Hey.. lupa saya nak beritahu kamu semua. Saya dah dapat result ISTQB Jumaat lepas. Saya LULUS!! Alhamdulillah!! Tak perlu nak ulang 2 kali. Thank God! Jadi sekarang boleh la saya edit saya punya resume. HEHE. Tengok dia tulis apa dalam surat.

The CTFL designation after your name, stands for “Certified Tester, Foundation Level”.
You are now personally entitled, and encouraged, to use this designation on your business
cards, letterhead etc.

Anyway, saya sedih juga sebab ada 2 orang dalam company saya tak pass. Tapi saya rasa semua ni memang ada kene mengena dengan rezeki dan luck juga lah. Berusaha tu memang lah berusaha. Saya tak nafikan, disebab adrenaline hormone saya, buat saya tidak dapat bertenang dan tidur dengan lena, lalu telah membaca, memaham dan menghafal secara bersungguh-sungguh, dan akhirnya, inilah hasil usaha saya! ~Sila jadikan album ‘Adrealine’ Faizal Tahir sountrack cerita saya ini 😉.

Tapi kemudiannya, bila saya kenangkan balik yang orang lain pun berusaha bersungguh-sungguh juga, saya rasa ini memang kerja tuhan! Tentu ada pelajaran yang perlu kita belajar di situ. Mungkin sekarang saya gagal melihatnya, tapi pengajarannya memang ada disitu itu, menunggu untuk kita sedar.

Sungguh saya syukur campur terharu! Terima kasih juga pada Along dan Tirah (walaupun Cik Tirah takkan baca blog ni sebab dia mana tau link blog ni!) sebab banyak jugak bantu saya faham tugas seorang tester dan tips mahu jawab soalan. ~Oh.. dah rasa macam artis memang Anugerah Berita Harian Bintang Popular bagi ucapan pulak! (-_-“)

.

Bila dah boleh menulis dengan kerap ni, dah macam tak ada idea pulak nak cakap apa. Haih.. sayang betul tak dapat guna pula peluang ni.

Oh.. ada sesuatu nak cakap. Saya asyik teringat-ringat saja routine senam robik yang join Ahad lepas di Taman Tasik Titiwangsa. ~sebenarnya saya teringat instructor dia juga. HAHA. Mungkin sebab senaman yang beserta dengan muzik ni memang pun menarik dan seronok. Tapi saya rasa juga, ini ada kena mengena dengan exam ISTQB saya ambil tu. Huh? Apa yang kena mengenanya? Tak tak. Bukanlah ada chapter senam robik dalam syllabus ISTQB tu. Atau senam robik tu mengajar saya menjadi seorang tester. (?)

Cuma, sejak saya sibuk belajar belajar ni, saya macam boleh menghafal dengan baik pulak. Sebenarnya, jarang saya ingat step senam robik walaupun selalu je ikut tiap-tiap minggu. Sudah lah badan keras, susah betul nak buat step tu, nak kena ingat pula step yang banyak tu. Tapi semalam, saya boleh ingat routine yang 2 minggu lepas. Eh, terus rasa kagum dengan diri sendiri. HAHA. Itu pun saya nak kagum. Tapi tak kira, tetap mahu kagum juga!

Jadi, Ahad tu, saya macam terkagum-kagum pula bila saya boleh ingat routine yang instructor ajar.

Tapi yelah.. kalau belajar satu subjek tu seronok lah. Kalau kena belajar sampai 4-5 subjek setiap semester, rasanya boleh jadi tepu otak juga. Baik saya pergi baca buku ‘Solat Malam Menggamit Kedamaian’ yang saya baru beli semalam tu. Atau tafsir Al-Quran. Atau paling tidak, majalah Solusi yang saya baru beli tu. Dunia tu dunia juga, tapi sampai bila nak tunggu akhirat punya bahagian, betul tak?

edisi yang saya tengok kat rumah kawan saya tu..

Okaylah, sudah pukul 12.30 malam. Mahu tidur lah. Esok, ada tugas menunggu. Semoga hari saya berjalan lancar di sini.

Saya harap, hari-hari kamu semua berjalan lancar juga!

Regards,

~Ha~